Aceh Melarang Pembonceng Motosikal Terkangkang

Acheh Melarang Pembonceng Motosikal Terkangkang
Acheh Melarang Pembonceng Motosikal Terkangkang



Aceh bakal mengeluarkan undang-undang yang melarang golongan wanita membonceng motosikal bersama lelaki secara bercelapak atas alasan ia 'tidak sopan'.

Langkah itu diambil selepas para pemimpin di wilayah yang satu-satunya mengamalkan undang-undang Syariah mengemukakan satu draf siri undang-undang baharu termasuk melarang wanita memakai seluar ketat, merejam pasangan berzina dan sebatan ke atas golongan homoseksual.

Di bawah undang-undang baharu tersebut, golongan wanita di bandar Lhokseumawe di bahagian utara pulau Sumatera perlu duduk secara mengiring dan merapatkan kaki apabila menaiki motosikal dengan lelaki.

"Wanita yang menunggang motosikal tidak perlu duduk secara bercelapak kerana ia seperti provokasi kepada lelaki.

"Ia juga membantu golongan wanita daripada sebarang gangguan seksual, selain kelihatan lebih sopan.

"Wanita hanya dibenarkan duduk seperti biasa jika mereka sendiri yang menunggang motosikal," kata Datuk Bandar Aceh, Suaidi Yahya hari ini.

Undang-undang tersebut bakal berkuat kuasa dalam tempoh seminggu akan datang selepas mengadakan perbincangan dengan ahli ulama wilayah ini.

Indonesia merupakan negara yang paling ramai penganut agama Islam, tetapi kebanyakannya mengamalkan pendekatan Islam secara sederhana. - AFP




Notakaki; Malaysia..jom try "seround"...

2 comments.. read them below or add one

C++ C++ 3/1/13 12:22 PM
Bhai HKLK...

Mmm... nih dah kira ekstreme nih... gua bersetuju untuk tidak bersetuju dengan idea diorang nih... gua bercerita bab keselamatan... kalu berlaku pemberhentian motorsikal secara mengejut... cara duduk yang biasa ini agak selamat... tapi kalu duduk mengiring kesisi... memang takder cara nak selamat... sebab itu la tempat letak kaki dibelakang disediakan ditempatnya...

Penat lelah jurutera mekanikal dan keselamatan jalan raya stadi benda nih.. tetiba jer diorang ubah buat cara camnie... tak releven... kalu nak tunjuk lebih islamik.. kena guna akal... jangan guna nafsu...

Sori... gua tak respek keputusan diorang nih... bahaya dari segi keselamatan nyawa... Islam is about selamat...
Unknown Unknown 3/1/13 1:23 PM
Bhai C++, kurang setuju dengan bro, mungkin di wilayah Aceh sana pihak berkuasa dah jalankan kajian dan seumpamanya sebelum gubal undang²..di sana mungkin jalannya tidak sperti Mlaysia,,jarak dekat-dekat mungkin..masih relevan di sana, di Mlaysia mmg x kan buat pun..tmbah² Islamik mcm nie..haha