Teknologi WIRELESS berasal dari Malaysia


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS

6 comments.. read them below or add one

AMIR KOMENG AMIR KOMENG 28/8/10 5:24 PM
huarghhh..huwargh..kahahahahahahahahahaha..(ketawa macam predator)....

memang betul pun malaysia kita...org Melayu ni dia pandai.."kecik anak"...
Mr. Asada Mr. Asada 28/8/10 6:41 PM
ahahaha.. adeh2..

Malaysia dah maju lama dah.. hahaha
Unknown Unknown 29/8/10 11:22 AM
hahaa,,mmg Malaysia dah maju,,saja jer x nak tnjuk tul x,,
akubiomed akubiomed 9/10/10 10:34 PM
Lawak IT saudara bawakkan. Class-Class
un un 6/11/10 8:09 AM
hahaha.
aku pun pernah baca psl ni.
lawak seh,
pandai je cari alasan..ha3
Unknown Unknown 20/11/10 7:55 AM
akubiomed : lawak mmg lawak la org Malysia nie~~~

unwanted : alasan semua diterima~~hahaha