Rasanya kami dah dengar berita dinar Iraq akan RV sejak tahun 2006 lagi. Paling akhir khabar angin tersebut bertiup kencang sekitar November 2011.
Berita Terkini Dinar Iraq 2012 : Bagaimana Konsep Menjadi Jutawan Dinar Iraq?
Dikehendaki membeli matawang dinar Iraq yang didatangkan dalam set. Contohnya set bernilai IQD 50,000 dinaq iraq boleh dibeli dengan harga RM650.
Beli harga dinar Iraq pada harga murah (ketika dinar Iraq jatuh) sekarang ini dan jual kembali apabila pengumpul dinar Iraq ini menjangkakan nilai dinar Iraq (1QD1) = dollar Amerika (US$1). Ada yang sasarkan lebih daripada itu.
Nah…ini salah satu contoh sms dan ayat-ayat yang biasa digunakan oleh penjual dinar Iraq ini :
RM680 utk 41800 dinar, nilai matawang sebelum perang teluk 1 dinar = USD 3.30 dan nilai skrg 1 dinar = USD 0.001. Andaikan naik 10 sen USD atau USD 1, USD 1 = 41800 dinar x 01.00 = USD 41800, USD 41800 x 3.7 = RM154700. Adakah anda hanya ingin duduk diam diri shj sdg org israel dan amerika berlumba membeli dinar iraq. Ambil peluang ini utk masa depan anda. Mata wang akan diberi terus 41800 dinar apabila anda bayar RM680.
Begitulah ayatnya. Suka atau tidak, orang kita apabila mendengar dua istilah perkataan “ajaib” ini iaitu Amerika & Israel terus “menggelupur”, akhirnya bertindak juga atas nama “tidak mahu tertinggal keretapi” seterusnya menyertai kelompok baka-bakal jutawan dinar Iraq satu hari ini tanpa selidik terlebih dahulu. Sekarang ini ada pula konsep penjualan dinar Iraq ini diperluaskan dengan sistem downline. Dan ada juga yang dapat beli satu pakej set dinar Iraq + percuma IQD100 contohnya. Kreatif orang kita.
Dalam situasi ini kami ada 2 pilihan sahaja :
Buruk sangka – Jawapan yang sukar diterima pengumpul dinar Iraq ini walaupun niat kami untuk sampaikan kesedaran.
Baik sangka – Kami menceritakan keindahan semata dengan mengatakan ia adalah peluang keemasan kepada “bakal jutawan dinar Iraq). Tetapi akhirnya…
Sebenarnya kami tiada benda mudah di dunia untuk senang :
“bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”
Persoalan-persoalan Sebelum Membeli Dinar Iraq :
Kalau penjual dinar Iraq yakin dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri? Mengapa? Kalau mereka simpan bukankah mereka boleh dapat lebih daripada sepatutnya? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Sialp-silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok boleh dicantas dengan mudahnya.
Mereka-mereka ini membuat perbandingan perang Iraq vs US dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan sekarang ini, Kuwait dahulu lepas perang teluk, adakah di bawah tentera US seperti yang dihadapi negara Iraq sekarang ini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia? Mengapa?
Apa akan jadi jikalau matawang mereka ditukarkan ke matawang baru selepas ini? Akhirnya duit dinar Iraq sekarang ini apa akan jadi? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang
Katakanlah betul seperti yang diramal, dinar Iraq nanti ID 1=USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan dinar Iraq tidak lama lagi? Alhamdulillah. Moga-moga. Tetapi persoalannya adakah US senang-senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu? Kena ingat minyak kat Iraq itu bukan kerajaan Iraq yang kawal tetapi US sendiri
Semua matawang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah dollar. Sedangkan US dollar yang merupakan matawang utama dunia pun tengah tenat akibat kegagalan US untuk bayar hutang Treasury Bill (T-bills) pada bulan Ogos 2011, apatah lagi dinar Iraq ini. Barack Obama lebih pening kepala nak fikirkan matawang USD sendiri yang tidak stabil akibat lambatan dolar Amerika sekarang ini.
Apa kepentingan kerajaan Amerika nakkan nilai matawang dinar Iraq kukuh dan negara Iraq aman maju? Sedangkan negara Arab yang lain pun dia kacau apalagi Iraq. Amerika hanya menjaga kepentingan Israel bukan negara arab. Selagi negara arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada kepada suvival israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan kemajuan dirantau sana.
Dinar Iraq ini pun sama macam matawang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas?
Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan/kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan/kesempitan orang lain demi kesenangan peribadiKita mesti tahu nilai dan bezakan mana satu skim cepat kaya yang mana satu bukan. Melakukan sesuatu tanpa ilmu amatlah bahaya. Benar ada individu dalam sejarah yang menjadi kaya dengan teknik yang hampir serupa dengan kes dinar Iraq ini, yang mana merujuk kepada spekulasi matawang. (Baca sebahagian kandungan buku The Asian Godfather), ada sebut pasal Sir Sik Nin Chau, yang buat duit dengan cara sebegini rupa. Pada masa itu, duit kertas terhad, hanya Sik Nin Chau ada kertas sebanyak tu. Senario dah berubah sekarang ini….
Sekarang ni duit dinar Iraq bersepah
Akhirnya. Yang untung siapa?
Jutawan Dinar Iraq : Penjual Vs Pembeli?
Kami tidak menghalang dan siapa kami untuk menghalang sesiapa menjadi kaya. Jika ada yang merasa boleh jutawan dengan cara dinar Iraq, terpulang. Cuma nasihat kami, yang mahu beli dinar Iraq ini selidik betul-betul terlebih dahulu. Periksa fakta-fakta yang sedia ada, bukannya berpandukan ramalan para penjual IQD dan RV semata. Ini duit anda!!
Bagaimana pembelian IQD dikatakan pelaburan walhal tiada apa yang boleh kita lakukan, selain membeli wang kertas yang belum tentu nilainya dimasa depan.
Antara nasihat yang berguna dalam pelaburan, JANGAN melabur pada sesuatu yang ANDA tiada kawalan (modal, withdraw, exit) terhadapnya. Buat pelaburan dengan jangan hanya BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada harapan semata-mata, TANPA ADA sebarang elemen yang boleh dikawal seperti risk management, jangkaan trend menggunakan candlestick chart and sebagainya. Dalam mana-mana portfolio pelaburan pun wajib ada 2 benda yang boleh dikawal iaitu analyzing and minimizing risk. Kalau sesuatu pelaburan itu tiada 2 elemen ini, itu bukan pelaburan namanya. Itu namanya………(tak sampai hati kami nak sebut). Erm….
Zaman sekarang, apa-apa benda yang nak buat pun mesti ada ilmu dan bukan berserah kepada nasib semata-mata dengan ayat untuk sedapkan hati sendiri “Insya-Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan”.
P/S : Adakah anda juga ada tergerak hati mahu membeli dinar Iraq? Apa pandangan anda dengan dinar Iraq ini?Ada pro dan kontranya...!!!