Panas | Bila Engineer Hina Profession Guru

kasih liyana



Panas bca entry nie!!!!

Untung laa sape jadi cikgu
assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

Notakaki: Perlukah menghina profession guru!!!!...adussss.....lupa daratan betul "enjin air" nie..


{ 21 comments.. read them below or add one }

NUR NUR 5/9/12 8:49 PM
Panas je entri ni kan..
Enjin air ?
Hehe
AnonymousAnonymous 6/9/12 10:31 AM
http://cikgucakk.blogspot.com/2012/09/ya-memang-untung-jadi-cikgu-menjawab.html?m=1

sudi2 la jenguk ke sini pulak ye =)

p/s : untung la...boleh buat entry panas sebab nak naikkan trafik..
AnonymousAnonymous 6/9/12 1:58 PM
ada betul dan ada yg salah..yg salahnya klu anda mnanggap keja cikgu senang dan cikgu byk cuti, nk cerita pnjg pn xguna, klu nk tau brenti jd engineer masuk profesion guru..br tau camna..
AnonymousAnonymous 6/9/12 4:41 PM
cakap sedap mulut je...cehhh
AnonymousAnonymous 6/9/12 4:51 PM
klu nk post maaf punya la ckt..klu berani type la byk mane ko mengarut same ngn type maaf ko tu..coyyy la
AnonymousAnonymous 6/9/12 4:53 PM
The teaching profession...

Hardly anybody wants to be a teacher by choice.Doctors want their children to become doctors.Engineer want theirs to become engineers. And businessmen dream of the children becoming more successful in business than they are. The truth is that teachers themselves want their children to become anything but..a teacher..why? Does it because the profession is an easy job?

It's is not an easy job after all..Teacher don't just teaches..A teacher makes students work harder than they ever thought they could. Teacher makes they believe in themselves when no one else will. Teacher makes a 'C+' student feel like a double honours graduate and an 'A-' feel like a slap in the face if the student did not do his or her very best. ..

Teachers make children wonder...make them question..make them critique..make them apologise and mean it..make them have respect and take responsibility for their actions...

AND THE MOST IMPORTANT THING THAT TEACHERS MAKE THEIR STUDENTS UNDERSTAND THAT IF THEY HAVE A DREAM, THEN FOLLOW IT. AND IF SOMEONE EVER TRIES TO JUDGES THEM BY WHAT THEY MAKE OR WHAT THEY DO, PAY THEM NO ATTENTION!

Teachers make a difference..


Ct HanaCt Hana 6/9/12 6:47 PM
lahirnya doktor, engineer, polis, lawyer, operator, akauntan malah perdana menteri kerana insan bernama GURU.. adakah engineer yg mengajar anak2 murid di sekolah cara menjadi engineer? adakah doktor yg menurunkan ilmu perubatan kepada kepada anak2 bangsa?guru yg ajar kira-kira.guru yg ajar berbahasa.guru yg ajar ilmu alam (sains)...kenapa susah sgt nk hargai guru?
AnonymousAnonymous 6/9/12 8:50 PM
Bukannya senang nk mengajar manusia menjadi manusia. Kalau seorang doktor tersalah potong urat peaakitnya....hanya seorang yg mati tp kalau seorang guru salah didikannya.....lalu muncullah manusia yg tak sedar diri cam si penulis ni....tp bukan seorang je mungkin sekelas dan ramai lg. Tp kalau guru si penulis ni betul2menjadi sumber inspirasi penulis..mungkin ibu bapa penulis tersalah didik anak mereka....hehee
AnonymousAnonymous 6/9/12 9:24 PM
Engineer otak buruh kasar
AnonymousAnonymous 6/9/12 11:16 PM
pendapat semata mata...but negetifnyer thinker awk. org bleh nilai diri awk melalui pandangan ini.
AnonymousAnonymous 7/9/12 12:10 AM
Senang betul nak glamor sekarang ni..nak tarik trafik blog...pilih je la mana2 individu atau profession mahupun kumpulan, buat entry panas2 cam ni..confirm ramai orang baca...use your brain, observe and then make a conclusion, but still it does not mean your conclusion is right.. Be in someone shoe will help you understand more on their situation.
AnonymousAnonymous 9/9/12 12:57 AM
hahahaha, blog minah tu tak tinggal apa dah entry. dia erase semua teruih. cehhh

http://luvlylya.blogspot.com/
Unknown Unknown 10/9/12 1:19 AM
cakap ikut sedap tekaq jer blehlar..jd la cikgu tgk best ke x..bru msuk ayaq kpla tu..mao tau..
d0tbl0gsp0td0tk0m d0tbl0gsp0td0tk0m 12/9/12 12:52 PM
kata pepatah melayu..." kalu donggak ke langit.. jangan lupa rumput dibumi".....

setiap profesion tu ada keistimewaan masing².. tak perlu lah kita banding-membanding.... tak perlu rasa iri hati terhadap profesion orang lain...

kita nih hidup saling memerlukan.....

AnonymousAnonymous 17/9/12 12:20 AM
knp semua org nak melenting ble bace ape yg die tulis??
cube baca sampai habis..btl kan ape yg die ckp?
die tak tujukan utk SEMUA cikgu, tp bg sesetengah cikgu shj...mak sy pun cikgu, dan die slalu complain mcm mane cikgu2 skrg ni..buat keje lebih sket je mengeluh, lps tu slalu tinggal kelas..kursus sana sini, lps tu ble masuk clas ajar dgn speed 180km/j, lps tu b4 exm konon2 bg latihan, tp sbnrnye soalan bocor, sah2 la drg akan score kan
xsalah sbnrnye..jgn cepat melenting..bukan SEMUA, tp SEBAHAGIAN sahaja =)
TUGAS SEORANG CIKGU SEMEMANGNYA SANGAT MENCABAR !
AnonymousAnonymous 24/9/12 4:27 PM
Kepada Cikgu yang main-main tu...masa depan budak2 ditangan anda...

Syabas bagi cikgu yang sungguh bersungguh-sungguh hendak melihat anak murid berjaya...
AnonymousAnonymous 25/9/12 3:33 PM
Setiap perkara yg baik kita lakukan krn Allah merupakan ibadah. Tak kira apa bidang sekali pun yang penting ikhlas dan kena ingat rezeki bukan masing2 yang punya tapi Allah yang punya. Hidup tenang tanpa dengki khianat. Wassalam
AnonymousAnonymous 11/10/12 4:24 PM
rezeki masing2.....tp mmg xdinafikan jd cikgu ne mmg untung la..tiap2 tahun cti sekolah mmg bnyk,tp gaji tiap2 bulan dpt sama je jgk....jika nk dbndingkn dgn kerja kerajaan yg lain...hujung tahun cuti pn gaji masukkkkk....
AnonymousAnonymous 7/11/12 11:39 PM
saya sayang ckgu2 saya, tanpa bimbingan mereka saya x masuk U sbb mereka yg mendidik saya, jadilah insan yg bersyukur dan hargailah penat lelah mereka yg mendidik kita...
Unknown Unknown 8/11/12 7:26 AM
syangi guru2 kita selepas kedua ibubapa kita.....:P