KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang penjenayah kritikal selepas dibelasah puluhan lelaki yang mencekupnya kerana menyamun seorang wanita di Flat Hock Ann, Jalan Haji Husin, Chow Kit, di sini hari ini.
Suspek dikatakan telah menyamun seorang wanita berusia 33 tahun di dalam lif di Apartmen Asia di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Difahamkan, suspek berusia 30 tahun dan bertopi itu pada mulanya meminta wang daripada mangsa tetapi wanita itu cuba melawan mengakibatkan dia dicekik dan beberapa barang berharga termasuk rantai, cincin serta telefon bimbit miliknya yang kesemuanya bernilai RM2,800 dilarikan.
Menurut saksi, Kamal Ngah, 57, dia mendengar jeritan menyuruh orang ramai menahan seorang lelaki yang ketika itu melarikan diri akibat dikejar beberapa individu.
Katanya, lelaki bertopi itu lari ke arah Masjid Jamek Pakistan sebelum dia dicekup oleh orang ramai ketika cuba menyelit masuk ke lorong di belakang sebuah warung milik bekas atlet bina badan negara, Datuk Malik Noor.
p/s lain kali lari ikut lorong belakang warung apek saiful , baru la selamat!!