Tips | Mendapat Tempat Di Search Engine

enjin carian


Dah lama berblogging nie apa kata kita baca sikit cara mendapatkan tempat di search engine...
Tips yang berguna rasanya...dari bro zuarxpdc.

1. Isi yang original

Untuk mendapat tempat di search engine seperti di google, anda mestilah menggunakan isi yang original bukannya copy paste daripada website orang lain dan letakkan sebijik di website anda. Anda boleh ambil dari website ataupun blog orang lain, tetapi jangan ambil sepenuhnya. Anda ambil isi-isi penting dan buatlah ulasan mengenai isi tersebut. Ini kerana google tidak suka website ataupun blog yang menyerupai orang lain.

2. Menggunakan Keyword Yang Sesuai Dengan Isi Blog

Keyword yang sesuai merupakan aspek yang paling penting untuk mendapat tempat di search engine. Ini kerana keyword melambangkan isi kandungan blog anda. Keyword yang sesuai haruslah diambil kira kerana kita membuat kajian berdasarkan permintaan atau pencarian pelawat di search engine. Maksudnya kita cuba fikirkan apakah perkataan yang mungkin orang cari di seach engine. Contohnya seperti Cara Untuk Format Windows XP. Jadi, jika kita memilih keyword tersebut, isi kandungannya mestilah berkaitan dengan keyword iaitu Cara Untuk Format Windows XP. Janganlah dalam isi kandungan anda membuat ulasan mengenai cara membuat kek.

3. Jangan kerap Menukar Template

Jika anda mahukan yang terbaik di search engine, anda dilarang dengan kerap menukar template blog anda. Ini kerana template anda melambangkan identity anda. Maksudnya jika anda kerap mengubah, pelawat akan keliru dengan blog anda. Begitu juga dengan search engine.

4. Pastikan URL anda Di Link Oleh Banyak Website ataupun Blog Orang Lain

Semakin banyak link anda berada di website ataupun blog orang lain, maka semakin baik search engine menilai blog anda. Jika link anda berada pada website yang mendapat page rank yang tinggi, ini merupakan satu kelebihan untuk blog anda.

5. Kurangkan Broken Link

Broken Link ataupun link yang rosak amat tidak di sukai oleh search engine. Apa yang di maksudkan dengan link rosak ialah apabila satu link di link ke satu tempat tetapi tidak terdapat halaman tersebut. Jadi, pastikan link yang rosak di kurangkan atau di elakkan terus. Anda hendaklah kerap membuat pemeriksaan bagi mengganti link tersebut.

6. Selalu Perbaharui Post Anda

Search engine sukakan maklumat terbaru dan fresh daripada blog anda. Anda di galakkan membuat post terbaru yang berkualiti dan menepati dengan keyword blog anda.

Terdapat banyak lagi cara untuk anda mendapat tempat tempat di search engine, ini merupakan sebahagian sahaja daripada caranya. Jika anda mahukan blog anda tersenarai di rangking atas google, ikutlah cara yang di berikan.


{ 7 comments.. read them below or add one }

NUR NUR 8/9/12 8:55 PM
Tq for the tips.. Banyak bagus ni..

Buatbest Buatbest 10/11/12 11:58 PM
menarik infonya..semoga bermanfaat utk semua~
Nasir Nasir 11/11/12 12:37 AM
moga bermanfaat ..rasnya nk lebihkan content SEO di blog nie..nantikan yer
Unknown Unknown 26/11/12 1:58 PM
tips yang sangat bermanfaat^^
onlajer onlajer 3/12/12 6:41 PM
kesilapan aku dahulu suka sangat tukar template
syazrin syazrin 6/2/13 9:36 PM
Alamak....lepas ne kena la kurangkan tukar template blog nampaknya....

Thnx bro atas infomasi ini :)