Tonton Online



Cristiano Ronaldo Turut Mengagumi Al-Quran

on 23 May 2013

Cristiano Ronaldo Turut Mengagumi Al-Quran

Meskipun beragama Katolik yang taat, Cristiano Ronaldo memberi perhatian terhadap umat Islam dan menyukai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Cristiano Ronaldo lahir di Funchal, Madeira Portugal pada 5 Februari 1985.

Ronaldo boleh bermain diposisis sebagai pemain sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Kini Ronaldo bermain untuk kelab di Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United (MU).

Media Sepanyol ‘Marca’ melaporkan jika Ronaldo satu pasukan dengan Mesut Ozil, pemain muslim berasal dari jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian bahawa Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah menghafal surah kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.

Ronaldo membenarkan kesaksian dari Ozil, “Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya sentiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk,” kata Ronaldo kepada Media Sepanyol.



Mesut Ozil juga mengesahkan kenyataan Ronaldo, “Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di bilik rehat, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji,” kata Ozil.

Cristiano Ronaldo berkata, “Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu, saya sangat gembira,” kata Ronaldo.

CR7 sangat senang mendengar Ozil membaca Al-Quran sebelum bertanding dan merasa yakin Real Madrid menang di pertandingan, jika sebelum perlawanan, Ozil membaca Al-Quran.

Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang

on 21 May 2013

Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang

Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang


Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda .......

nizarazu.com


Pereka Fesyen Calvin Thoo Memeluk Islam

on 20 May 2013

Pereka Fesyen Calvin Thoo Memeluk Islam

PEREKA FESYEN TERKENAL CALVIN THOO MASUK ISLAM | Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb. 

Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.

Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.

Pereka Fesyen Calvin Thoo Memeluk Islam

Alhamdulillah... Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam...Turut dijemput bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..Subhan'Allah :)


Walau Bertudung Hetty Sarlene di Kecam Peminat

on 16 May 2013

Walau Bertudung Hetty Sarlene di Kecam Peminat

Walau Bertudung, Hetty Sarlene di Kecam Peminat | Baru-baru ini Hetty Sarlene telah memuatnaik gambar terbaru beliau yang bertudung. Nampaknya Hetty mengambil pendekatan yang sangat positif dalam mendekati agama. Insyaallah.

Tetapi, gambar tersebut walaupun telah menutup aurat kewanitaannya, Hetty Sarlene masih tidak mampu melepasi dari kritikan peminatnya. Ikuti petikan dan kenyataan dari peminat Hetty bila melihat gambar terbaru beliau bertudung dibawah.


Kritikan bertudung bagai paderi (biarawati)

Kritikan kerana masih memeluk teman lelaki yang bukan muhrim

Apapun, harap Hetty bersabar yerr. Setiap orang ada pandangan tersendiri dan mungkin ada benar apa yang diperkata mereka.Sememangnya, nak berubah kearah kebaikan ni bukannya senang banyak cubaan dan halangan yang perlu ditempuhi...tetapi sebaliknya kalau nak ke jalan yang tak diredhai olehNYA.

Oleh itu, harap Hetty dapat bersabar dan tangani perkara ini dengan sebaik mungkin.




PRU 13 | Azhar Sulaiman Rela Disambar Petir

on 29 April 2013


Keberanian yang ditampilkan Azhar Sulaiman sememangnya sukar disangkal lagi. Terbaru melalui facebook miliknya, dengan meyakini video seks iras Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali adalah tulen, beliau menyatakan kesediaannya untuk dipanah petir sekiranya ketulenan video itu dapat dinafikan. 

Berikut adalah video seorang Ustaz yang bernama Ustaz Hanif Haron membalas kenyataan Azhar Sulaiman yang rela dipanah petir juka video lucah kedua orang ahli politik itu tidak tulen




PRU 13 | 13 Artis Turun Padang Bantu Jentera BN Di Kedah

on 24 April 2013

13 Artis Turun Padang Bantu Jentera BN Di Kedah

Seramai 13 artis tempatan 'turun padang' untuk membantu kempen calon-calon Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Antara artis tersebut ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof, Mariani Ismail, Norlia Ramli, Hail Amir, A. R. Badul, Kismah Johar, Noniswara Baharudin, Kuza, Sheera Iskandar, Farawahida Razali, Salma Mentor dan Yantzen.


Mereka menjayakan program Ziarah Syukur di beberapa kawasan Parlimen selama seminggu bermula semalam.


Penganjur program tersebut, Datuk Seri Zaienal Abdidin Omar berkata, sepanjang tempoh itu, artis-artis berkenaan akan bertemu pengundi di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.


Katanya, mereka akan meyakinkan pengundi agar mengundi BN yang terbukti telah membawa banyak pembangunan di negara ini.

Notakaki : Bakal-bakal dapat Darjah kebesaran bergelar Dato' nie.......:)


Memey Suhaiza Kini Bertudung Ikuti Jejak Abby Abadi

on 23 April 2013

Memey Suhaiza Kini Bertudung Ikuti Jejak Abby Abadi

Alhamdulillah, melalui akaun Instagram milik Memey, dia kini sudah bertudung. Memey yang hadir seisi keluarga ke acara sukan sekolah anak Abby Abadi & Norman Hakim tampak ayu bertudung.

Memey dilaporkan dalam usaha untuk berhijrah selepas melihat Abby Abadi bertudung. Mesti sejuk hati suami mendengarnya. Gambar penuh selepas ini.

Memey Suhaiza Kini Bertudung

Memey Suhaiza Kini Bertudung

Memey Suhaiza Kini Bertudung


Alhamdulillah dah banyak artis berubah ke arah lebih Islamik.........Kak Rosmah bila nk berubah?...undilah Pakatan Rakyat...:)..tiba-tiba keluar politik plak..hihi




 
© SelamatTinggalDunia All Rights Reserved