Soalan Bocor Percubaan SPM Tersebar Di Facebook

soalan percubaan spm bocor

Kertas Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi Kuala Lumpur dan Selangor didakwa tersebar melalui laman sosial Facebook dimana pautan kepada soalan itu dimuat naik di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

Menurut Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, maklumat mengenai kertas percubaan SPM bocor ini telah beliau perolehi dari seorang guru tuisyen. Beliau pelik mengapa tiada tindakan diambil walaupun ada guru sekolah yang mengetahui akan hal ini.

Laman tersebut dikatakan telah mendapat 23000 like, namun sejak petang tadi laman itu telah tiada selepas maklumat mengenainya tersebar di media.

Menurut sumber, kertas percubaan yang dimuat naik itu dikatakan hampir 99.9% soalannya menyamai kertas yang sebenar. Dan mengikut hasil siasatan terdapat 10 subjek yang telah dimuat naik

Inilah antara kes dimana laman sosial disalahgunakan. Siapalah agaknya yang membocorkan soalan-soalan itu kan? Pelik juga kan kenapa tak ada pihak yang menyuarakan hal ini. Kalau baru satu subjek mungkin boleh dikatakan terlepas pandang. Tapi kalau dah 10 subjek? hurmm

Notakaki : Zaman aku ambik SPM dulu x wujud lagi Facebook ,rugi ooo.....!!!

0 comment... add one now