Tebas Pokok Pandan Nak Cari BERLIAN? MENGARUT!



Tebas_Pokok_Pandan_Nak_Cari_BERLIAN


Baru-baru ini terserempak dengan sebuah artikel di Facebook yang mencadangkan pokok pandan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk mencari berlian.

Tebas_Pokok_Pandan_Nak_Cari_BERLIAN

Sebenarnya, artikel ini sudah lebih setahun diterbitkan di jurnal Economic Geology oleh seorang ahli geologi, iaitu Stephen E. Haggerty. Di dalam artikel tersebut, beliau menemui kawasan Kimberlite (sejenis batuan yang berpotensi mengandungi berlian) di Liberia, Barat Afrika. Perlu diambil kira bahawa kawasan berkenaan sudah menjadi tumpuan perlombongan berlian dari longgokan plaser, cuma ekspedisi yang diketuai oleh ahli geologi tersebut bertujuan mencari sumber berlian berkenaan (kimberlite pipes). Beliau mendapati, pokok Pandanus candelabrum atau lebih dikenali sebagai pokok pandan hidup lebih subur di atas tanah kimberlite berbanding di kawasan sekitar. Pautan di bawah membawa anda kepada artikel asal yang diterbitkan

http://econgeol.geoscienceworld.org/content/110/4/851.abstract

Tetapi, jika sudah diterbitkan, mengapa penulis kata idea menebas pokok pandan untuk mencari berlian mengarut?

Pertama sekali, perlu diberi perhatian bahawa TIADA BATUAN KIMBERLITE DI MALAYSIA. Berbeza dengan Liberia yang sering dilanda peperangan, Malaysia sudah mempunyai peta geologi yang menyeluruh hasil kajian sejak sebelum merdeka lagi. Namun, tiada penemuan longgokan berlian komersial yang ditemui malah tiada pun kawasan yang mendandungi batuan kimberlite ini. Jika inginkan peta geologi Malaysia, boleh dapatkan di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Kimberlite biasanya ditemui di perisai benua yang berusia berbilion tahun seperti di Kanada, Afrika Selatan dan juga Russia. Liberia (di mana penemuan pandan sebagai penanda kimberlite) juga terletak di atas perisai benua. Malaysia tidak terletak di kawasan seperti ini. Kimberlite merupakan batuan yang berasal dari mantel bumi yang naik ke atas dan membawa sekali berlian yang ada. Rajah di bawah menunjukkan perkaitan antara berlian dan kimberlite.

Tebas_Pokok_Pandan_Nak_Cari_BERLIAN

Habis tu, kenapa makcik kepada kawan adik sepupu saya punya jiran jumpa berlian bawah pokok pandan dia?

Pertama, apa makcik tu jumpa mungkin BUKAN BERLIAN. Tetapi kemungkinan apa yang ditemui itu adalah KUARZA yang banyak didapati dalam tanah laterit yang mudah dijumpai di Malaysia. Warnanya sama sahaja, kuarza juga mineral yang keras (walaupun tidak sekeras berlian). Jika mereka yang tidak tahu membezakan antara dua mineral ini pasati terkeliru dengan rupa dan warna. Sebab itu wujud peribahasa ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’ – hanya orang yang arif (pakar) yang mengenal permata (termasuk berlian).

Tebas_Pokok_Pandan_Nak_Cari_BERLIAN


Dah tak payah pergi tebas pokok pandan orang, buat masak lagi best.

Ihsan rootofscience

0 comment... add one now