Maafkan Aku!! (Kisah Benar)
NasirSemasa zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dahulu ada seorang lelaki yang mempunyai ramai musuhnya. Setiap hari lelaki itu sentiasa diburu oleh musuhnya.
Pada suatu hari, lelaki itu lelaki itu telah menyamar dirinya agar tidak dikenali ramai. Kemudian dia melarikan diri ke sebuah bandar yang bernama Kufah. Apabila dia sampai di bandar itu dia telah ternampak sebuah rumah besar serta luas halamannya.Dengan memberanikan diri lelaki itupun masuk kedalam rumah itu untuk menumpang bermalam sehari dua.
Setelah dia masuk bertemu dengan tuan rumah itu lantas dia memberitahu akan tujuan kedatangannya ke bandar itu.Dia memberitahu tuan rumah itu bahawa nyawanya sedang terancam kerana ada orang hendak membunuhnya.Tanpa soal selidik, tuan rumah terus membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana dia begitu kasihan memandangkan nasibnya.Lelaki itu juga beruntung dapat berlindung di rumah yang besar itu.
Setelah dia tinggal di situ lelaki itu berasa hairan melihat gerak geri tuan rumah tersebut.Dia tidak faham mengapa tuan rumah itu keluar setiap pagi dan pulang pada waktu petang seolah-olah sedang mencari sesuatu yang belum ditemuinya. Setelah beberapa hari kemudian dia tidak sabar untuk bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap demikian.Dengan memberanikan diri diapun bertanya. Lelaki itu menjawab “Sebenarnya aku keluar dari tadi hingga ke malam kerana aku hendak mencari pembunuh ayahku”.
Sebaik saja dia mendengar kisah tuan rumah itu,serta merta air berubah.Dia kelihatan begitu pucat.Dia sedar dia adalah orang yang sedang dicari oleh tuan rumah itu.Apakah yang harus dibuatnya sekarang?Patutkah dia merahsiakan perkara itu atau mengaku saja bahawa dia adalah orang yang dicarinya itu.
Dengan perasaan berdebar lelaki itu berkata “Tuan yang budiman. Budi baik tuan yang sangat tinggi itu telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya.Sebenarnya sayalah orang yang tuan cari tuan itu.Sekarang saya rela untuk menerima apa sahaja hukuman dari tuan.Budi baik tuan sangat besar terhadap saya.
Mendengar pengakuan lelaki itu. Tuan rumah itu begiru terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa orang yang diberi perlindungan itu adalah orang yang telah membunuh ayahnya yang disayangi.Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu berkata “Hai orang yang membunuh ayahku.Aku tidak menyangka sama sekali bahawa engkau adalah pembunuh ayahku.Kalau aku tidak mengenangkan kejujuran engkau, sudah tentu aku pancung lehermu sekarang juga.Walaupun aku bersedia memaafkan engkau, adalah lebih baik engkau keluar dari rumah ini sebelum aku berubah fikiran “Dengan perasaan takut lelaki itu terus keluar berlari keluar dari rumah itu.
2 comments.. read them below or add one
jyuden
11/3/10 9:13 AM
penyabar betui tuan rumah tu. kalo aku belum tentu buleh cakap slow slow mcm tu. terus aku nak blasah ngan geng geng kampong jer hehe
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →