Peminat Cinta Elysa Maki Hamun Perhimpunan Umno Di Facebook


Semua ini gara-gara tidak dapat menonton siri tersebut malam semalam kerana stesen televisyen yang menayangkannya bertindak memberi laluan untuk siaran langsung Perhimpunan Agung Umno di PWTC.

Drama Cinta Elysa itu sepatutnya menemui peminat pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di saluran TV3, tetapi oleh kerana pada masa yang sama juga berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011, maka TV3 memberi laluan untuk siaran langsung ucapan dasar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika itulah, para peminat yang sejak awal lagi menunggu siaran tersebut menjadi marah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat serta maki hamun terhadap stesen televisyen tersebut dan juga Umno.

Semua itu dapat dilihat di laman Facebook rasmi Cinta Elysa

Begitulah gelagatnya kalau sudah begitu minat dengan siri-siri drama apatah lagi mereka terpaksa menunggu satu minggu untuk melihat siarannya. Bagi yang memiliki internet bertuahlah, kerana boleh melayari drama itu menerusi laman maya.

Malang pula bagi yang tidak memiliki internet, terpaksalah menunggu seminggu lagi untuk menonton drama kegemaran mereka gara-gara siaran langsung Perhimpunan Agung Umno yang rata-rata tidak ada kena mengena dengan mereka.

Nota;Sian la.....mggu depan plak nooo..hehehe..:D

SUMBER

3 comments.. read them below or add one

ZEEQA AJIE ZEEQA AJIE 30/11/11 8:21 PM
kecoh benor..bukan mati pun kalau tak dapat tengok sekali. manusia zaman sekarang taksub sangat.
Amelia Amelia 30/11/11 8:42 PM
lol.. ntah pape.. xdapat tgk drama pon nak kecoh.. drama elysa tu macam sampah kot.. hehe ;)
sharul izam sharul izam 1/12/11 9:17 PM
gua tunggu bagai nak rak...heheh