Merungkai MITOS Betul Ke Makan Kicap Anak Jadi Hitam Ataupun Minum Soya Anak Jadi Putih?

“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Nanti anak yang dikandung tu jadi gelap”, kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang sedang mengandung.

BETUL_KE _MINUM_KICAP_ANAK_JADI_HITAM_ATAUPUN_MINUM_SOYA_ANAK_JADI_PUTIH

Ini merupakan salah satu tips orang terdahulu yang dikatakan boleh mengelakkan anak mendapat kulit yang gelap.

Malah ada yang menyatakan, air kacang soya yang putih boleh membuatkan anak menjadi putih jika selalu meminumnya ketika mengandung.

IRONINYA, KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT IAITU KICAP DAN AIR KACANG SOYA INI BERASAL DARIPADA TUMBUHAN YANG SAMA IAITU SOYA.

Persoalannya disini, adakah benar dengan memakan ataupun meminum bahan yg mempunyai warna gelap dan putih itu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak?

BETUL_KE _MINUM_KICAP_ANAK_JADI_HITAM_ATAUPUN_MINUM_SOYA_ANAK_JADI_PUTIH
Kecerahan kulit sebenarnya bergantung kepada genetik
Disini kami ingin menyatakan beberapa fakta.

1. Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.

Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit

2. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’

BETUL_KE _MINUM_KICAP_ANAK_JADI_HITAM_ATAUPUN_MINUM_SOYA_ANAK_JADI_PUTIH
Melanin merupakan kompaun yang dihasilkan oleh melanocytes yang menyebabkan kulit menjadi gelap

3. Kuantiti kompaun melanin yg dihasilkan inilah yang akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada genetik.

Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yg terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu daripada ayah dan satu lagi daripada ibu.

Kita bagi contoh.

A mewakili gene yang akan menyebabkan kulit GELAP

a mewakili gene yang akan menyebabkan kulit CERAH

Seorang rakyat Afrika mempunyai kulit warna yang sangat gelap:
Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu
AA AA AA

Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene daripada ayah dan satu lagi gene daripada ibu.
Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yg saya terangkan di atas.

Dia kahwin dengan perempuan Eropah yang sangat cerah:

Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yang cerah sahaja:
aa aa aa

Anak yang akan terhasil akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tidak terlampau cerah ataupun gelap disebabkan genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa

BETUL_KE _MINUM_KICAP_ANAK_JADI_HITAM_ATAUPUN_MINUM_SOYA_ANAK_JADI_PUTIH
Carta yang menunjukkan genetik warna kulit
Oleh itu, penyelesaian sebenar untuk mendapatkan anak yg putih adalah berkahwin dgn orang yg mempunyai kulit yg putih.

Tetapi diingatkan yang hitam itu juga manis.

Harap artikel ini bermanfaat

Ihsan 

Root of Science 
.

0 comment... add one now