RTM Haramkan Lagu Bunkface

panik bunkface



KUALA LUMPUR – Kumpulan punk rock tempatan, Bunkface terpaksa akur apabila semua saluran radio dan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu nyanyian mereka yang berjudul Panik baru-baru ini.

Menurut penyanyi dan gitaris Bunkface, Sam biarpun dia kecewa dengan pengharaman Panik tetapi dia dan anggota-anggota kumpulannya pada masa sama kurang faham mengapakah lagu itu yang tidak mempunyai sebarang unsur negetif menerima nasib malang sebegitu.

“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,” katanya kepada MyNewsHub sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor malam kelmarin.

Pada pertemuan itu, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum dan Bunkface telah diangkat sebagai pemenang anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).

Jelas Sam, 24, yang merupakan anak kacukan Melayu dan Inggeris menambah, lagu-lagu Bunkface bukan sahaja tidak terbabit dalam mana-mana kepentingan parti politik, sebaliknya kesemua lirik mereka berkisar tentang pengalaman hidup anggota-anggota kumpulannya.

“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM terlalu mudah untuk mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,” komennya lagi.

Nota;-Salahkah perkataan REFORMASI nie??ayoyo....macam-macam la...kemon la RTM


2 comments.. read them below or add one

♥ ciqqaqa ♥ ♥ ciqqaqa ♥ 1/12/11 10:19 PM
hahaha rtm panik pas dgr lagu ni. tros banned. hahaha~