Hukum Pemakaian Seluar "Legging"

legging melayu


Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata : “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget.


Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian.


Ia merangkumi yang berikut :


1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.


2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).


3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh. Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?
Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda,
“Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.
” Hadis riwayat Ahmad?(21279) Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali.


Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang.
Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
Hah, itu kata Ustaz Asyaraf.
Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri ‘dikesan’ pernah memakai seluar yang sama.


SUMBER - EDISIKINI


0 comment... add one now