Bahaya Nescafe 3 in 1

nescafe malaysia
di petik dari group kawan,

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan....

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

{ 12 comments.. read them below or add one }

aibaks aibaks 30/11/10 9:13 AM
mmg btul tu bro..3 in 1 ni pernah kuar dlm sokaba cakap pasal kandungan gula ni tinggi etc.. sbb tu la kot..
tapi psl ajal tu.. semua kerja Dia bro.. yang tak minum nescafe pun leh pegi gak..
Nasir Nasir 30/11/10 9:19 AM
betui gak tue bro,,tapi cuba la elakkan benda yg leh memudaratkan diri,,,huhu,,,sedih,, apa kata minum susu kambing :)hehehe..best
LoVe is CiNta LoVe is CiNta 30/11/10 9:49 AM
sedih gak rata2 yg muda arini sudah pun beruban..cmne eh
Nasir Nasir 30/11/10 9:59 AM
yer la kan rmai yg muda dah berubah~~pasaipa kan,,fktor pemakann kot,,,,rasa2nyer kot
~ Lady ell ~ ~ Lady ell ~ 30/11/10 10:37 AM
senang citer yg instant2 ni toksah lh amalkan...kan rugi ank2 muda dh arwah..
Qaseh Dalia Qaseh Dalia 30/11/10 11:41 AM
eh takutnye...huhu skang2 ni dah berjinak2 ngan nescaafe..xjadi ah t kan ketagih lak..
Nasir Nasir 30/11/10 11:52 AM
nakai : betui la~~x berani dah nk minum aduh ...!!!
dalia : ye la kan,,nanti ketagih susah plak,,,
Cik SHiNJU Cik SHiNJU 30/11/10 2:01 PM
Psssttt...kalau nescafe dlm botol yg biasa tu x bahaya kan? hihik..hari2 mau...xleh kalau x minum..
mr.curly mr.curly 30/11/10 4:17 PM
thanks 4 d info bro..
No name No name 30/11/10 6:00 PM
tq info berguna nie.. tp nasib baik saya tak minat minum nie... langsung tak boleh pun.. coz migrain..