Terapi Rendaman Kaki Ion Adakah Ianya Suatu MITOS?

terapi_rendaman_kaki_ion_tipu

Sebelum ini banyak kali kita terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini di uptown, downtown, pasar-pasar dan beberapa tempat lagi. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.

Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toksin yang keluar daripada badan pelanggan.

1. Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?

Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.

Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia

Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ketika mana arus elektrik dibuka, besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ferum 3+. Ion ferum 3+ inikah yang membentuk warna karat besi dan warna inilah yang mengotorkan air tersebut

Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toksin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.

2. Kajian berkenaan mesin ini

Satu kajian telah dilakukan menggunakan mesin rendaman kaki brand Ion Cleanse. Ini merupakan salah satu jenis mesin rendaman kaki yang terkenal diluar negara. Dalam Kajian Deborah et al 2011 mendapati tiada element toksik yang dikeluarkan daripada kaki para perserta ketika mana mesin itu berfungsi. Malah tiada langsung kajian yang menunjukkan kesihatan pesakit semakin bagus selepas menggunakan mesin tersebut

Pernyataan yang menyatakan adanya toksik yang boleh dikeluarkan daripada kaki ketika mana mesin itu berfungsi hanyalah helah semata-mata.

3. Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah

1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua-dua rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dengan lebih senang.

Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.

terapi_rendaman_kaki_tipu



Seperti yang saya katakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.

Harap bermanfaat

Rujukan: Objective Assessment of an Ionic Footbath (IonCleanse): Testing Its Ability to Remove Potentially Toxic Elements from the Body. Deborah A. Kennedy, Kieran Cooley, Thomas R. Einarson, and Dugald Seely. J Environ Public Health. 2012; 2012: 258968. Published online 2011 Nov 29. doi: 10.1155/2012/258968. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3228292/

Ihsan rootofscience dan Pseudoscience Watch

0 comment... add one now