Betul Ke Produk APPLE STEM CELL Bagus Untuk Kesihatan Dan Kulit?

Penggunaan stem cell merupakan suatu teknologi yang sangat berguna di masa kini dan masa hadapan. Ianya telah dibuktikan mampu merawat pesakit thalasemia dan juga beberapa jenis penyakit kanser darah. Malah pada masa hadapan, ianya dikatakan boleh membantu lebih banyak lagi dalam penyembuhan sesuatu penyakit

Betul_Ke_Produk _APPLE _STEM _CELL _Bagus _Untuk _Kesihatan _Dan _Kulit?

Stem cell merupakan sel asas yang belum diubahsuai menjadi sel-sel yang spesifik seperti sel otot, sel lemak dan sebagainya. Contoh stem cell adalah sel yang baru sahaja terhasil selepas persenyawaan. Pendek cerita jika kita mampu mengawal pembahagian stem cell dan juga proses penukarannya menjadi sel yang spesifik, maka seolah-olah kita mampu mencipta sesuatu tisu ataupun organ.

Betul_Ke_Produk _APPLE _STEM _CELL _Bagus _Untuk _Kesihatan _Dan _Kulit?

Cuba bayangkan jika daripada stem cell sahaja kita mampu menghasilkan jantung manusia, sudah tentu ianya mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung. Tetapi perkara ini masih pada peringkat kajian

Stem cell dan kulit

Sudah menjadi trend sekarang dimana ramai daripada kaum wanita menggunakan produk stem cell utk mencantikkan kulit. Tetapi adakah kita tahu bahawa produk yang dikatakan mempunyai stem cell itu hanyalah rhetoric semata-mata. Pendek cerita tiada langsung stem cell yang benar-benar wujud dalam produk mereka.

Jika kita lihat pada packaging produk mereka, selalunya ia wujud dalam 2 bentuk iaitu sama ada dalam krim ataupun dalam bentuk serbuk yang dikeringkan. Kita semua maklum setiap sel perlu berada pada suhu dan keadaan yang sesuai untuk terus hidup. Begitu juga stem cell. Packaging yang berbentuk serbuk yang dikeringkan mahupun dalam bentuk krim akan membunuh stem cell itu serta merta.

Ini kerana:
1) Bila sesuatu sel dikeringkan ia akan menyebabkan kandungan air di dalam sel semakin kurang dan metabolism tidak boleh dijalankan. Akhirnya, sel pun mati. Perlu diketahui bahawa majoriti komposisi sesuatu sel adalah air. Air tiada, maka sel pun mati.

2)Stem sell dalam bentuk krim yang tertutup pula akan menyebabkan sel kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen, metabolisma pun tidak akan berlaku dan sel akan mati. Bukan itu sahaja, krim juga selalumya bersifat hypertonic dan ini akan menyebabkan air diserap keluar drpd sel. Seperti yang saya kata di atas, jika air tiada sel akan mati.

Yang anda guna itu mungkin adalah produk terakhir stem cell yang telah mati dan ia tidak mendatangkan manfaat pada kulit.

Apple stem cell untuk mencantikkan kulit manusia?

Perkara ini menjadi semakin tidak masuk akal apabila ada yang menggunakan stem cell drpd epal(tumbuhan) untuk digunakan pada manusia.

Penggunaan stem cell daripada tumbuh-tumbuhan tidaklah mampu menyebabkan kulit manusia menjadi semakin cantik. Ini kerana stem cell daripada tumbuhan mempunyai genetik yang sangat berbeza daripada manusia. Ia tidak akan membantu sel-sel kulit untuk menghasilkan kulit yang baik.

Betul_Ke_Produk _APPLE _STEM _CELL _Bagus _Untuk _Kesihatan _Dan _Kulit?


Ihsan Root of Science


0 comment... add one now