FAKTA SEBENAR KES S.KALAICHELVI :-
(a) kes ini telah diputuskan pada 03.06.2011 bukan 2012,file kes telah dirujuk di mahkamah tinggi ipoh.
(b) Luka di badan mangsa menunjukan mangsa ditetak dan dipukul beberapa kali sehingga mati. jika self-defense, tidak perlu pukul sampai mati.
(c) "Perogol" yang dikatakan MENCEROBOH rumah sebenarnya tidak menceroboh kerana tidak ada kesan pintu atau tingkap dipecah masuk. -timbul keraguan terhadap cerita "cubaan merogol" seperti yang dinyatakan tertuduh.
(d) "Perogol" dan perempuan tersebut adalah kenalan rapat, terdapat bukti menunjukan mereka ber "SMS" -(mangsa disyaki sebagai kekasih perempuan itu).
(e) tidak ada saksi lain yang boleh mengesahkan bahawa kejadian "cubaan merogol" itu betul2 berlaku kerana hanya Perempuan itu dan suaminya sahaja yang ada pada masa itu.
(f) Perempuan tersebut dan suaminya telah membungkus dan menanam mayat tersebut bagi menyembunyikan bukti, sepatutnya dia perlu terus melaporkan kepada polis selepas kejadian. (timbul lagi keraguan disini).
(g) Yang Arif Hakim berlandaskan fakta dan bukti yang telah dikemukakan kedua-dua belah pihak telah membuat keputusan yang beliau rasakan setimpal. Hukuman penjara ini sebenarnya diminta oleh peguam perempuan itu sendiri bagi mengurangkan dari hukuman gantung.
Isu ini telah diputar-belitkan oleh mereka2 yang buta undang-undang sehingga Badan Kehakiman dihina dan perkara ini sangat mengecewakan. Fakta ini saya perolehi dengan merujuk kepada file kes dimahkamah dan berjumpa dengan Yang Arif Datuk Zainal sendiri.
Sumber Oh!Media