Kampung Aku!!!!Cherok To' Kun!!!!


Cherok To'Kun merupakan sebuah "pekan" yang terletak di timur wilayah Bukit Mertajam (BM) yang terletak di tanah besar Pulau Pinang, bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia memiliki beberapa kawasan menarik untuk dikunjungi seperti mendaki dan merentas bukit berhampiran To'Kun Dam yang mana namanya ialah "Hutan Lipur".

Cherok To'Kun dari segi istilah nama ini memang pelik, tetapi apalah pada nama. Terdapat nama tempat yang lebih ganjil di seluruh dunia. Ianya amat subjektif sekali tetapi Cherok To'Kun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan menarik. Terdapat beberapa keistimewaan di Cherok To'Kun yang tidak terdapat di tempat lain. Kedudukannya yang strategik di kaki bukit Bukit Mertajam memberikannya suhu yang sederhana dan nyaman. Kampung ini mempunyai infra yang lengkap dan ianya mempunyai sebuah dahan air 'reservoir' bagi membekal air kepada Keretapi Tanah Melayu dan pengaliran air minuman ke Ampangan Mengkuang.
Hutan tropika dengan tumbuhan asli di Bukit Mertajam membolehkan kita menikmati tumbuhan liar dan udara nyaman. Jabatan Hutan telah menyediakan hutan rekreasi "Hutan Lipur Cherok To'Kun".
Yang paling istemewa inilah kampung Saudara Anwar Ibrahim.


Nama Cherok To'Kun adalah sinonim dengan nama Saudara Anwar dan disebut di mana-mana jua di dalam ucapanya di dalam semua ucapan di dalam dan juga di luar negara, semenjak zaman ABIM dan Belia.
Kini Cherok To'Kun memainkan peranan utama memperjuangkan reformasi bagi menegakkan keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan kepada Saudara Anwar Ibrahim, anak watan kampung ini.
Sejak tarikh hitam 2hb September 1998 apabila Saudara Anwar dilucutkan jawatan, di'aibkan, dipecat dari UMNO dan seterusnya dipukul oleh Rahim Noor dan akhir-akhir ini ternyata diracun masyarakat Cherok To'Kun telah membulatkan tekad keluar beramai-ramai daripada UMNO serta membubarkan 2 cawangan UMNO di Cherok To'Kun. Apabila Parti keADILan Nasional dilancarkan 2 cawangan keADILan telah ditubuhkan.
Kami penduduk Cherok To'Kun akan meneruskan perjuangan untuk mengenengahkan suara Saudara Anwar melalui Galeri Cetusan Rasa yang telah dibuka mulai 20hb September 1999.

SEJARAH!!!!
Mengikut dari cerita orang lama yang tinggal di kampung ini, nama Cherok To'Kun diberi nama sempena nama seorang tua Siam yang terkenal di tahun 1880 bernama Kun yang tinggal di cherok kaki Bukit Mertajam. Kehebatan orang tua ini di dalam berbagai bidang telah menjadikan nama beliau mashur pada masa itu. Kehebatan Tok Kun menjadi buah mulut orang ramai ketika itu untuk pergi ke cherok berjumpa Tok Kun. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama Cherok To'Kun.
Kampung Cherok To'Kun terdiri dari tiga buah kampung iaitu To'Kun Bawah, To'Kun Atas dan Teluk Bukit. Kampung Cherok To'Kun terletak 3 km dari pekan Bukit Mertajam dan luasnya kampung ini ialah lebih kurang 8 km persegi.

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 3/4/12 11:15 AM
Poorah.... Aku pun anak jati Tokun, bilamasa 2 cawangan Umno dibubarkan???? Setahu aku sehingga kini 3 cawangan umno masih ujud dan malah bertambah kuat sekarang.. Dan PKR yg hidup segan mati tak mau... AMK yg baru ditubuhksn pun dah hancurrr...