Review Kes Buang Bayi 2010
Nasir# 14 Disember : Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.
# 13 Disember: Seorang tukang sapu yang ingin mengambil beg plastik hitam dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, terkejut sebaik mendapati plastik itu mengandungi mayat bayi perempuan cukup sifat.
# 17 November: Seorang lelaki yang menjala ikan di sungai berhampiran flat PKNS AU3, Keramat, Kuala Lumpur menemui mayat bayi lelaki di tebing sungai dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu.
# 15 November: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.
# 6 November: Seorang wanita yang mengharung banjir untuk ke tempat kerjanya di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah tergamam apabila terjumpa bungkusan plastik berisi mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri.
# 10 Oktober: Seorang lelaki yang ingin mencari daun keladi pelik melihat keadaan tanah dengan kesan masih baru ditimbus sebelum mengorek tanah itu dan menemui mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan tanah rizab, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, Shah Alam, Selangor.
1 comment... add one now
aibaks
15/12/10 9:55 AM
cian bayi tu.. apsal la korang buang? ko ngan buang bayi plak bro... hehe
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →