Mahathir Mohamad-Penjenayah Ala Rapper Di Rakam CCTV

penjenayah rapper rakam cctv

SALAH seorang suspek bersenjatakan parang mendekati kaunter bayaran untuk meminta wang daripada pekerjapremis. 



penjenayah rapper cctv

SUSPEK yang memakai topi memegang sesuatu yang 
dipercayai bekas berisi wang. 

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah ganas pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun kedai serbaneka 99 Speedmart dan menetak tangan kiri seorang pengawal keselamatan warga Nepal berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.


Kejadian pukul 9 malam kelmarin di Zest Point, Jalan Bukit Jalil di sini itu berlaku apabila suspek yang memakai topi mendekati premis sebelum salah seorang daripada mereka masuk untuk mencari pengawal tersebut manakala rakannya berdiri di luar.


Suspek yang masuk ke dalam premis itu kemudian mengacukan parang ke arah pengawal keselamatan terbabit yang  berusia lingkungan 30-an sebelum menetak tangan kiri mangsa. 


Pengawal itu kemudian cuba melawan dengan  memukul suspek dengan cota sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
Bagaimanapun, pengawal itu terpaksa ‘menyerah’  akibat kesakitan ekoran tetakan di tangannya tersebut.


Rakan suspek kemudian masuk dan pergi ke kaunter bayaran sebelum melarikan wang lebih RM1,000, beberapa barangan jualan dan telefon bimbit pekerja.


Pengurus premis, Azifa Noranim Kamsari, 25, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang rakan sekerja, pengawal keselamatan dan lima pelanggan berada di dalam premis itu

“Kesemua pelanggan menyembunyikan diri dalam stor ketika kejadian manakala saya berada di kaunter bayaran dan seorang rakan sekerja sedang mengira stok.


“Saya perasan dua lelaki itu ketika mendekati premis dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak menyangka mereka akan menyamun dalam kejadian yang  berlaku begitu pantas,” ceritanya.


Sementara itu, seorang pekerja, Mahathir Mohamed Ibrahim, 21, berkata, dia hanya menyedari kejadian samun itu sebaik terdengar bunyi bising  sebelum bergegas mencari Azifa dan pengawal keselamatan terbabit.


“Saya terkejut apabila melihat pengawal keselamatan itu sedang ditetak dan dipukul penjenayah tidak dikenali dan saya terus keluar lalu menghubungi polis untuk bantuan. Penjenayah itu bagaimanapun sempat lari sebelum polis dan ambulans tiba,” katanya yang memberitahu pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Hospital Serdang dan dirawat sebagai pesakit luar.


Difahamkan, premis itu telah lima kali disamun sejak beroperasi hampir setahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis telah mengenal pasti dua suspek berkenaan dan kini  giat memburu mereka.


Notakaki : Mahathir Mohamad "terkejut biawak" 



0 comment... add one now