BENDUL

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya
akan kelihatan seperti sediakala.



Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"


BENDUL

5 comments.. read them below or add one

un un 23/2/10 2:42 PM
hahaha..
ini dua dua sengal namanya..ha3
jyudenjyuden 23/2/10 5:32 PM
haha yang menegur tu pun baguih nya. mati-mati kita ingat dia nak kata kawan dia bendul, dia pun terjun sekali dah mcm kawan dia tu! :P
Nasir Nasir 23/2/10 11:33 PM
hehehe...kawn dok ada pun sama..hehe..mmg lawak daaa....
Unknown Unknown 4/3/10 9:18 AM
sama mcm owg yg buat blog nih.. hehehe...
yunayuna 28/4/10 5:37 PM
adesss, ada ka mcm tue?? hahaah.... nseb ja dier x p pam keta tue....?)