Kerana Sebiji Epal (Kisah Benar)
NasirPada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi.Menurut riwayat Abu Salih Jangi Dost adalah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan “dunia”.Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.
Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air.Ketika Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya, sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar.Lantas diapun mengambil buah epal itu, tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya.Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.
Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya.Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya epal buah epal yang dimakannya itu.Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya.Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang di makannya itu.
Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai.Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya itu adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu.Dengan rasa takut di atas kermukaan Allah serta tuan punya pokok epal itu, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu.
Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya.Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut.Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.
Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya.Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama dua belas tahun.Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya, di dalam hati, wali itu berkata “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”
Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai.Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut.Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat berbagai kerja rumah dan taat setiap kerja yang diberikan kepadanya.
Setelah genap dua belas tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampong halamannya.
Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat.”
“Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal” bisik hati Abu Salih.
Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut.Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.
Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya.Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya.Di dalam hatinya dia berkata “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar.Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu.
Maka, pada suatu hari ketika ayah mertuannya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun dating menghampirinya seraya bertanya “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buka, pekak dan cacat?”
Maka Abdullah Sawmai pun menjawab “Aku katakana Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya.Aku katakana dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakana dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa
Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
"epal dapat hilangkan ngantokss taw.."