Arak!!!
NasirArak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.
Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.
Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalamDalil Al-Quran haram minum arak
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]
Hukum meminumnya dalam adalah haram
Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.
Dalil Hadis kutukan Allah tentang arak
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
1. Pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[
2 comments.. read them below or add one
BayuSenja
25/4/10 2:04 PM
Jangan minum arak dah oit
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →