Y.B berumur 10 Tahun (Kisah Benar)
NasirPada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal dengan sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati.Raja yang bernama Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu amat di sanjung tinggi oleh rakyatnya.
Pada suatu hari ramai wakil-wakil dari jajahan takluknya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan di jajahan masing-masing. Jajahan Hijaz, iaitu satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu.Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya.Setelah semua hadir, maka salah seorang pegawai istana mempersilakan baginda raja bertitah. Setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.
Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap, tetapi apabila baginda ternampak wakil itu bangun untuk berucap, maka Khalifah Umar pun bertanya “Hai, budak biarlah orang tua berucap dahulu”.Mendengar teguran khalifah itu maka budak itupun menjawab “Ya, Amirul Mukminin, sekelian manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya.Maka apabila Allah telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara.Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai Amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta Paduka Tuanku itu”.
Mendengar saja balasan percakapan wakil dari Hijaz itu, baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan keterlanjurannya. “Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu?” titah raja itu.Lantas budak itupun meneruskan ucapannya.
“Ya, Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami sekelian adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelekaan. Kami ke mari bukan mengadukan hal negeri kami yang tidak aman tetapi kami ke mari kerana kami telah merasa nikmat keamanan hidup mewah di bawah naungan tuanku yang adil. Kami sekelian telah memperolehi apa yang kami pohonkan”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berasa pelik melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai wakil negerinya. Lalu bagindapun bertanya “Berapakah umurmu hai wakil yang bijaksana?”. “Sepuluh tahun tuanku.”
4 comments.. read them below or add one
Saifullah Al-Maslul
28/5/10 9:02 PM
menarik dan sungguh menarik.. bgus2..
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →