Kisah Cinta Seorang Wanita Kepada Allah
NasirDalam sebuah riwayat yang mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apapun kepada orang lain.
Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata : “ Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu .”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.
Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya : “ Dimanakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis itu pun berkata : “ Orang rumah disana itu memberikan kepadaku .”
Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke rumahnya dengan berkata : “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapapun ?”
Kemudian isterinya berkata : “ Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.” Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu : “ Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah .”
Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi orang munafik itu berkata : “ Kamu jangan pakai perhiasan –perhiasan ini .” Berkata isteri orang munafik itu : “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah .
Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.
Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata : “ Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami.”
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →