
SAN FRANCISCO 19 Nov. - Alamat web sosial FaceMash.com, yang menyebabkan pengasas laman Facebook, Mark Zuckerberg menghadapi masalah semasa menjadi pelajar di Universiti Harvard telah dijual pada harga lebih AS$30,000 (RM93,630) dalam satu upacara lelong, semalam.
Menurut satu kenyataan dalam talian perkhidmatan lelong Flippa semalam, FaceMash mendapat 10 bidaan dengan harga bidaan tertinggi bernilai AS$30,201 (RM94,285).
Zuckerberg merupakan seorang pelajar Harvard pada 2003 ketika beliau mencipta laman FaceMash.com di mana pengguna boleh memadankan gambar seksi pelajar perempuan dan boleh meletakkan ranking gambar itu mengikut yang paling 'panas'.
Laman web tersebut begitu sensasi di universiti itu ketika itu, namun ia kemudian telah ditutup serta merta oleh pentadbiran Harvard yang tidak senang dengan laman tersebut.
Akibatnya Zuckerberg telah dibuang dari universiti tersebut dan mula membina laman sosial terkenal Facebook pada 2004.
Laman FaceMash telah menjadi inspirasi kepada pengenalan Facebook, yang telah menarik lebih 500 juta ahli dan kemudian menjadikan Zuckerberg seorang bilionair.
FaceMash telah dikenang dalam filemThe Social Network yang mengisahkan tentang kelahiran Facebook.
Identiti pembeli laman web itu tidak didedahkan, tetapi Flippa berkata, ia bukan daripada Facebook atau Sony Pictures yang menerbitkan filem The Social Network
Ada sesuatu yang kita leh belajaq dari mamat zukerberg nie~~hangpa pikiaq la sendiri nooooo.......