Solatkah Kita???

solat salji

Jom la solat~~solatkan tiang agama~~~tiada tiang runtuhla segalanya~~

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
solat

sembahyang





5 comments.. read them below or add one

Cik SHiNJU Cik SHiNJU 3/11/10 10:52 AM
Saya terpakse qada subuh pg td..
X sedor lgsung... :P
faizs faizs 3/11/10 11:17 AM
Kita sering alpa dengan dunia.. Sama-sama saling mengingati.. =)
MASA MASA 3/11/10 2:05 PM
berapa ramai daa orang melayu tak solat.. kalau orang islam takkan lupa solat.
kimchisu kimchisu 7/11/10 12:08 AM
sgt sedey tgk pic yang ada pakcik tu..
kita dikeadaan yg selesa ni pun masih malas tok beribadah..
yaallah ampunkan lah dosa2 hambamu ini T_T