Jumlah Wanita Ketagih Tonton Porno Makin Meningkat

porno
Singapura menyaksikan peningkatan jumlah wanita yang mengalami masalah ketagihan menonton filem porno. Mereka akan terperangkap berjam-jam di depan skrin komputer bagi melepaskan gian mereka.
Ramai yang beralih kepada filem porno bagi melayan keinginan mereka setelah mengalami masalah dalam perkahwinan. Ada juga yang memang telah lama menjadi peminat porno walaupun sebelum adanya kemudahan porno melaui internet.

Kalau dulu mereka mendapatkan bahan porno melalui majalah-majalah dari luar negara, kini kemudahan menonton bahan porno amat mudah sekali melalui internet.

Kejadian wanita ketagihan filem porno bukan saja berlaku di Singapura malah Guardian melaporkan bahawa wanita di UK juga mengalami masalah yang sama.

Di Malaysia tidak pula ada data daripada para pengamal rawatan jiwa (masalah ketagihan), adakah wanita Malaysia juga sedang meningkat jumlah mereka yang ketagihkan bahan porno. Mungkin ramai tapi tak ada yang tampil ke hadapan bagi mendapatkan rawatan.

Bahan lucah dari golongan sensasi juga sedang rancak di siarkan oleh Trio bersaudara dan di buat promosi besar-besaran oleh para blogger Umno, mungkin akan menjadi satu titik mula pendedahan bahan porno untuk kaum hawa di negara kita.

Bagi mereka yang pada mulanya hanya mahu melihat kebenaran filem tersebut, mungkin akhirnya membawa kepada menonton filem-filem yang lain.

Begitu juga ramai lagi remaja perempuan yang tak pernah terdedah pada bahan porno kini sudah tentu di semai dengan keinginan padanya apabila segenap pelusuk negara membicarakan filem seks, video seks di dalam tv, surat khabar dan lain-lain.

Membicarakan filem seks bukan lagi satu perkara yang memalukan. Malah dalam masjid juga ada orang yang bersumpah untuk memberitahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon dalam satu filem seks yang amat popular di Malaysia sekarang.

Siap bersumpah dengan bangga untuk memberitahu pada dunia dia salah seorang pelakon dalam filem tersebut. Kanak-kanak lelaki dan wanita sudah tentu menjadi neutral dengan maklumat sebegitu, kalau ada orang bangga berada bersama dalam lakonan adengan seks dan menyatakannya di dalam masjid, jadi apalah sangat kesalahannya sekadar menonton filem seks?.

Syabas kepada mereka-mereka yang turut sama membantu menjadikan negara kita negara bebas seks dan terbuka dalam hal ehwal menonton filem seks. Tidak hairan jika ada data yang mengatakan ramai wanita dan lelaki yang ketagihan bahan lucah dalam masa terdekat ini, kerana ia mendapat galakan keseluruhan media dan pengamal politik negara kita.

Nota nasique:Terimalah kenyataan


3 comments.. read them below or add one

syafiqa syafiqa 25/9/11 11:02 PM
hahaha biasalah tu.zaman dah berubah.jantina apa pun sama je skng -.-
Unknown Unknown 25/9/11 11:53 PM
aku agree dengan entry ni. hahaha
Kak Amy Kak Amy 26/9/11 3:23 PM
agak setuju juga dengan entri awak ini...