Wang Bantuan RM 100 Maahad Tahfiz Di Pinggirkan



  • Wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah
  • Sebanyak RM550 juta merupakan program wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober 2011 bagi ringankan beban mereka

Berdoa semoga tergerak hati mana-mana pemimpin negeri utk memberikan RM100 kpd pelajar sekolah agama atau maahad tahfiz... bkn utk tujuan bersaing dlm politik tetapi agar murid tersebut rasa dihargai...

terasa sayu hati sy apabila melihat anak anak mahad kami hari ni...disaat pelajar2 sek rendah,men, Sek tamil,sek cina dapat seorang rm 100 d seluruh negara..tapi pelajar yg melihat al quran dan kitab dari awal subuh hingga mlm hari hanya mengigit jari...apa perasaan mudir2 mahaad tahfiz,sek agama rakyat,sek pondok seluruh negara...adakah mereka bukan rakyat malaysia?adakah mereka tak menyumbang apa apa pd negara?
Ustaz Mutalib
Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang

Dikala semua pelajar sekolah bergembira dengan wang bantuan segera RM100 masih ada pelajar-pelajar yang dipinggirkan daripada menerima bantuan kewangan ini.Yang menyedihkan pelajar yang dipinggirkan ini adalah aliran agama di sebuah negara Islam yang sepatutnya diberikan lebih perhatian di sebuah negara Islam seperti Malaysia ini

Apakah salah mereka ini?adakah salah mereka memilih aliran agama? mereka terus di pinggirkan daripada menerima wang bantuan ni.Bukankah mereka-mereka ni merupakan tunjang pelapis ulamak-ulamak?

Bagaimana pula perasaan di mata hati kecil mereka,dikala rakan-rakan sebaya mereka mendapat wang bantuan sedangkan mereka tidak.Pasti lah mereka terkilan dengan hal ini .







3 comments.. read them below or add one

Niza Romli Niza Romli 24/11/11 9:03 PM
ha'ah kan..
kenapa anak2 tahfiz di abaikan?
kesian kat anak2 ni ;((
Unknown Unknown 27/11/11 5:49 PM
ermm..tapi dengar crite, mereka akan dapat juger..bagi yang swasta..macam yang maahad tahfiz..