Salam Ukhwah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam dan satu-satunya layak untuk disembah. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat
Akhirnya ,tanggal 18.12.2011,,bakal menjadi antara tarikh-tarikh keramat dalam kalendar hidupku.InsyaAllah.
Akhirnya,aku bakal mengakhiri status bujangku.InsyaAllah.
ANTARA KELEBIHAN NIKAH(RINGKASNYA).....
Saat Akad Nikah~dapat PAHALA!
Suami Peluk Isteri~dapat PAHALA!
Cium Isteri~dapat PAHALA!
Renung Isteri~dapat PAHALA!
Suami Bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
Suami Bernafsu Tengok Isteri~PAHALA!
Suami Pegang Isteri ~PAHALA!
Suami Marah Isteri(untuk menegur)~PAHALA!
Suami Imamkan Isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak khabar bnyaknya pahala)
Suami Ajar Isteri Fardhu Ain~PAHALA!
Suami Setubuh Isteri~PAHALA!....
Main Kenyit-Kenyit Mata Dengan Isteri~PAHALA!....
Mandi Bersama-sama Dengan Isteri~PAHALA!....
Masya Allah..ALANGKAH BAHAGIANYA!!!!!
Dapatlah kita ketahui bahawa bernikah sebenarnya tidaklah membebani seorang pemuda sebagaimana anggapan sebelum ini bahawa bernikah dapat membebani seorang pemuda di luar kemampuannya.Ini tidak benar.Kerana dengan menikah, kita akan semakin mudah untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan hidup.Menikah adalah ketetapan Allah untuk manusia yang seharusnya mereka jalani.Ia bukan semata-mata khayalan.Menikah juga merupakan salah satu pintu yang mendatangkan kebaikan bagi siapa yang benar niatnya.
Nota kaki;-Doakan segalanya berjalan lancar,Doakan ku jua bhagia dengan si dia selama-lamanya.