Universal Studio Singapura (USS) sekali lagi mencipta sejarah selepas melancarkan Transformers The Ride, taman tema pertama dunia berdasarkan francais popular Hasbro baru-baru ini.
Bagi meraikan acara gilang-gemilang itu, penerbit dan pengarah francais filem terkenal "Transformers", Michael Bay, yang juga merangkap perunding kreatif turut hadir dengan menaiki kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning.
Pengerusi Genting Group Dan Resorts World Sentosa, Tan Sri Lim Kok Thay berkata di majlis pelancaran bahawa taman tema ini merupakan yang pertama di Asia yang memiliki teknologi canggih.
"Kami mempunyai visi untuk mentransformasi lanskap pelancongan Asia apabila membina World Sentosa Resorts dan kurang daripada dua tahun selepas pembukaan, kami berjaya menjadi destinasi pelancongan terbaik di Asia.
"Pelancaran taman tema pertama "Transformers" di Asia sangat ikonik kerana ia bukan sahaja satu kejayaan baru buat francais tersebut, ia turut menunjukkan komitmen kami dalam memberikan tarikan bertaraf dunia kepada keluarga."
USS akan turut melancarkan perarakan Hollywood Dreams pada 31 Disember akan datang. Malah orang awam akan turut menyaksikan pembangunan yang sedang dijalankan di resort pada 2012.
Pembikinan tarikan terbaru ini mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan. Transformers The Ride akan membawa pengunjung ke dunia "Transformers" dan mereka dapat melihat Decepticons dan juga Autobots.
Lokasi Transformers The Ride terletak di Sci-Fi City iaitu salah satu daripada tujuh zon di USS. Tarikan lain yang ada termasuklah kedai yang menjual barangan dinamakan sebagai "Transformers Supply Vault" dan juga tempat menjual makanan, Starbot Café.
Di samping itu juga, pengunjung turut berpeluang mengambil gambar bersama karakter Optimus Prime dan Bumblebee yang berketinggian 2.9 meter dan 2.3 meter. yang dianggarkan berukuran 2.9 meter. Selain daripada itu, Bumblee Bee juga disediakan dengan ukuran 2.3 meter tinggi.
Preview
Nota kaki;-Macam-macam ada nooo......