Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Tanda Yang Mengiringinya
NasirIman Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w. yang ada ketika itu ( pada masa kemunculannya ) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semuga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia ( Imam Mahdi ) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin yang telah mengangkatnya dunia, tidak tahu bahwa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahadi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahwa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikut arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan iklas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik. Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah-ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terdaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka yang memimpin mereka itu adalah Iman Mahdi.
Oleh itu tahulah kita bahwa orang yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi bererti dakwaannya itu tidak benar dan orang itu adalah pembohong besar. Imam Mahdi sebenar tidak mendakwakan dirinya sebagai Imam Mahdi dan dia tidak suka disanjung dan dibesar-besarkan.
Ada satu cerita tentang Imam Mahdi yang tidak bolah dipercaya, iaitu khabar-khabar yang menyatakan bahwa Imam Mahdi itu nanti sudah seribu tahun hidup di dunia kemudian barulah dua disuruh muncul sebagai Imam Mahdi. Cerita-cerita seperti itu tidak benar sama sekali.
(petikan dari buku Menunggu Kedatangan Imam Mahdi, dajjal Dan Nabi Isa).
3 comments.. read them below or add one
RAWSHADE
12/1/12 11:04 AM
Best entri ni.. Berilmu..
Mahdi
13/6/12 5:02 PM
imam mahdi adalah orang melayu, kalau tak percaya baca kat http://imam-mahdi.zxq.net atau http://mahdiketuamujadiddunia.blogspot.com
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →