Dunia | Enam Pelancong Israel Maut Serangan Bom Di Bulgaria

BURGAS: Sekurang-kurangnya enam pelancong Israel terbunuh selepas bas yang mereka naiki meletup dalam satu serangan dengan Israel menyalahkan Iran sebagai dalang disebalik serangan itu.

pelancong israel bom

Serangan itu juga menyebabkan lebih 30 cedera ketika bas pelancong itu sedang menuju ke pusat peranginan Laut Hitam, Bulgaria. Turut terbakar dua bas lagi berhampiran.
Saksi berkata, penumpang berada dalam keadaan panik dan terus melompat melalui tingkap dan meniarap di atas tanah dengan pakaian terkoyak ketika siren ambulans dibunyikan.

Kepulan asap juga memenuhi pekarangan lapangan terbang Sarafovo di Burgas.

Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov, berkata: “Nahas itu adalah sesuatu yang dahsyat dan satu kejutan kepada kami. Kerajaan juga mengutuk pencerobohan dan keganasan itu."

Sementara itu, Israel berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh kerajaan Bulgaria mengenai tujuh rakyatnya yang terkorban.


0 comment... add one now