Info | Ranking Universiti Malaysia 2012

Ranking Universiti-Universiti tempatan sehingga kini................
ranking universiti malaysia 2012


Jika dilihat dari ranking Universiti Terbaik Di Malaysia pada tahun 2011, Universiti Sains Malaysia(USM) mendahului universiti lain dengan diikuti Universiti Teknologi Malaysia(UTM) pada ranking kedua dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) pada ranking ketiga dan Universiti Putra Malaysia(UPM) pada ranking keempat. Pada tahun ini dilihat berlaku banyak perubahan dari segi senarai ranking universiti terbaik di Malaysia. 

Pada tahun ini iaitu tahun 2012, Universiti Putra Malaysia(UPM) berada di ranking pertama dalam senarai ranking univerisiti terbaik di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada UPM. Kejayaan ini mungkin disebabkan UPM merupakan universiti pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi daripada badan antarabangsa iaitu AACSB.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pengiktirafan itu diperoleh untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School sekaligus menjadikan UPM universiti keenam di Asia Tenggara yang menerima akreditasi tersebut.

“Akreditasi AACSB adalah ciri kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan yang hanya diperoleh oleh kurang lima peratus daripada program perniagaan di dunia,” katanya pada sidang media di sini hari ini. AACSB yang ditubuhkan pada 1916 adalah badan akreditasi antarabangsa yang tertua untuk sekolah perniagaan di universti yang menawarkan program sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan dan perakaunan.

Kejayaan UPM itu diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

AACSB John J. Fernandes di Tampa, Florida Amerika Syarikat melalui laman web www.aacsb.edu pada 26 Julai lepas.

Antara universiti antarabangsa yang telah mendapat pengiktirafan sama ialah Texas Universiti di Amerika Syarikat; Universiti Nasional Chonnam dan Universiti Dongguk di Korea Selatan; Universiti Istanbul di Turki dan Universiti Peking di China. Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2012 :


  •  1.Universiti Putra Malaysia (UPM) 
  •  2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
  •  3.Universiti Sains Malaysia (USM) 
  •  4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
  •  5.Universiti Malaya (UM) 
  •  6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
  •  7.Multimedia Universiti (MMU) 
  •  8.Universiti Malaysia Sabah (UMS) 
  •  9.Universiti Malaysia Perlis (Unimap) 
  •  10.Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 
  •  11.Universiti Teknologi Petronas (UTP) 
  •  12.Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 
  •  13.Universiti Utara Malaysia (UUM) 
  •  14.Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 
  •  15.Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 
  •  16.Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 
  •  17.Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
  •  18.Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 
  •  19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 
  •  20.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Nota; Tak sempat jejak kaki ke universiti lagi..;(

0 comment... add one now