Info Ringkas Komputer Dan Internet



info komputer

Tahukah anda adalah info-info ringkas berkaitan komputer dan internet. Selamat membaca.

1. ©Brain adalah virus komputer pertama dicipta pada tahun 1986. Menggunakan MS-DOS dan menyerang simpanan data boot sector FAT.

2. ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer pertama dicipta di dunia. Ia menggunakan 18000 tiub vakum dan menggunakan ruang 1500 m2. Bayangkan saiznya!

3. Jika anda menekan kekunci ‘Shift’ sebanyak 5 kali berturut-turut, StickyKeys menu akan terpapar. Untuk mengetahui apa itu StickyKeys, cubalah sendiri!

4. Mengikut statistik Sophos Antivirus, terdapat kira-kira 20000 ancaman keselamatan komputer dikesan setiap hari. Ia termasuk virus, trojan, hacking tools dan spam.

5. Punca utama laptop rosak adalah panas yang melampau. Sistem hardware akan terhenti akibat panas dan kekerapan ini menyebabkan laptop mudah rosak. Ruang, pengaliran udara baik dan kipas adalah perlu bagi melindungi laptop rosak.

6. Tahukah anda walaupun memformat komputer tetapi data masih lagi ada pada hard disk. Data tersebut tidak hilang dan masih ada pada blok-blok hard disk.

7. Facebook adalah laman web satu paling ramai dikunjungi rakyat Malaysia berbanding laman web lain.

kredit kenahack.com

0 comment... add one now