Melayari Internet Tanpa Di Kesan

google chrome incognito
Ramai pengguna Internet tidak mengetahui bahawa kebanyakan perisian browser terkini membenarkan anda melayari Internet tanpa dikesan. Ciri ini dipanggilPrivate Browsing. Di antara perisian – perisian browser yang menawarkan ciri ini termasuklah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Ciri Private Browsing ini diberikan nama yang berlainan di dalam browser yang berlainan. Di dalam Internet Explorer ia dipanggil InPrivate Browsing sementara di dalam Mozilla Firefox ia digelar Private Browsing dan di dalam Google Chrome sebagai Incognito Browsing. Namun apa sahaja nama yang diberikan, fungsinya tetap sama.

Private Browsing adalah satu ciri dalam perisian browser yang membolehkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan jejak di komputer. Ini dapat mencegah orang lain yang menggunakan komputer yang sama dari melihat dan mengetahui aktiviti Internet yang anda lakukan.

Apabila anda memulakan Private Browsing, browser anda akan membuka tetingkap browser baru untuk anda. Ciri Private browsing akan memberi pelindungan sepanjang tempoh anda menggunakan tetingkap tersebut. Anda boleh membuka sebarapa banyak tab yang anda mahu dalam tetingkap itu, di mana tab yang anda buka itu akan dilindungi oleh ciri Private browsing. Walau bagaimanapun, jika anda membuka tetingkap browser yang lain, tetingkap tersebut tidak akan dilindungi oleh Private browsing. Untuk menamatkan sesi Private browsing anda, tutup tetingkap browser berkenaan.

Bagi pengguna yang menggunakan Google Chrome anda boleh tekan Ctrl + Shift+ N (short cut untuk Incognito Browsing)


layari internet tanpa di kesan


{ 10 comments.. read them below or add one }

kak tie kak tie 18/10/12 4:44 PM
owh ye ke..baru tahu ni
AnonymousAnonymous 22/11/12 8:01 PM
boleh tak owner wifi detect penggunaan internet kita? i mean apa yg kita layari la.
Nasir Nasir 22/11/12 8:04 PM
xdak history,,xdak cache jadi xdak nk detect apa pun
Admin Admin 10/12/12 8:48 PM
huh baru tau je boleh try ni :)
samdaddycool samdaddycool 10/12/12 10:10 PM
Uish.. terima kasih atas perkongsian menarik ni. Bertahun-tahun guna internet, baru hari ni tahu.
KamilSalleh KamilSalleh 10/12/12 11:44 PM
t.kasih saudara, belum tahu sebelum ni. skrg dah faham.
nurmisnan nurmisnan 13/12/12 8:27 AM
Guna incognito since awal tahun ni.
lebih selamat untuk laar bank online..
CIK TOM CIK TOM 18/12/12 2:49 PM
thanks ye...menarik..dh cuba :)
onlajer onlajer 26/12/12 1:29 PM
Dulu selalau juga guna ini , sekarang dah tak kisah sangat bukanya dia orang tahu pasword pc aku hehe
Muaz Faris Muaz Faris 3/1/13 6:32 PM
saya selalu guna ni utk search benda penting.. sbb private browsing ini takde efek dgn google plus

:poop: