Perkembangan Taufan Sandy

taufan sandy

Taufan Sandy


Kalau kita perasaan di Barat..New York diisytiharkan darurat oleh Presiden US..semalam juga di China mengalami musibah yang sama..ribut kencang seperti taufan meranapkan sebahagian tempat di China..

New York yang memang terkenal dengan pusat maksiat di Barat manakala China pula terkenal sembelihan bayi untuk dijadikan ubat.."serentak" terkena bencana alam.."Bala Allah telah tiba"

Berikut adalah perkembangan Taufan Sandy yang telah melanda pantai Timur Amerika Syarikat khususnya New York:

> 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik;

> Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air - iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri.

> Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York - menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut.

> Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson. > Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan.

> Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada. > Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam.

> Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina.

> Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin.

> Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air.

> Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan.

> Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa.

> Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa.

> Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.

> Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion.

0 comment... add one now