Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Di Godam Mendesak Zionis Israel

iaea di godam

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa  (IAEA) mengesahkan berlakunya serangan hacker/penggodam pada salah satu servernya. Hacker/Penggodam lantas mengeluarkan  perincian hubungan sekitar 200 ahli majlis IAEA dan mendesak mereka untuk menentang zionis Israel atas pemilikan senjata nuklear yang selama ini diselindungi

Kumpulan yang menamakan sebagai "Parastoo" atau burung Walit mengeluarkan kenyataan  "Parastoo Hacks IAEA"pada  25 November lalu.  

"Israel memiliki senjata nuklear  dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian nuklear dunia, biokimia dan kimia antarabangsa," dipetik berkata di hackread.com, pada khamis [29/11/2012]. 

Mereka juga menuntut ahli majlis nuklear itu untuk menandatangani petisyen yang meminta penyelidikan terbuka IAEA atas kegiatan nuklear Israel di kemudahan penyelidikan nuklear Negev yang terletak berhampiran kota Dimona. 

Menurut kumpulan hacker anti zionis tersebut, Israel dipercayai memiliki senjata nuklear, walaubagaimanapun ia tidak pernah disahkan atau dinafikan pihak zionis Israel sendiri.

Nota: Sedarlah Zionis Israel, masyarakat dunia membenci kekejaman terhadap Palestin, zionis Israael akan berterusan diserang dari segenap aspek."Go Hacker"


3 comments.. read them below or add one

Anisa Anuar Anisa Anuar 30/11/12 7:50 AM
maybe diaorang tak perasan la kot...diaorang dibenci..
Nasir Nasir 30/11/12 10:02 AM
zionis yahudi ..smmgnya angkuh n sombong