Melayu Boleh, pasti ada yang tersenyum sinis. Melayu Boleh sememangya istilah yang cukup sinonim dengan perkara - perkara negatif terutamanya laman porno, lucah dan seumpamanya
Analisis Keyword Melayu Boleh
Rujukan Google Trends dengan kata carian Melayu Boleh , statistik sejak tahun 2004 sehingga 2013 (rujuk gambar di atas ) menunjukkan penurunan mendadak, ini satu petanda positif tiada lagi kata carian Melayu Boleh dikalangan kaki-kaki porno walaupun laman-lama porno masih mendominasi SERP Google.com.my
Related terms kata carian Melayu Boleh masih lagi kepada perkara-perkara negatif (lucah) antaranya 3gp melayu boleh, melayu 3gp, 3gp, video melayu, video melayu boleh, cerita melayu dan melayu boleh cerita
Ini amat mendukacitakan kita memandangkan saban tahun kata carian Melayu Boleh masih terus memberi pautan kepada laman-laman blog negatif (lucah)
Sekat Laman Web Lucah Melayu Boleh
Apa kemampuan kita untuk menyekat kata carian Melayu Boleh daripada terus memberi pautan kepada laman blog lucah?
Atas keprihatinan kita, kita mampu mengubahnya. Caranya ialah menggunakan saluran SKMM yang mempunyai kuasa mutlak untuk membendung perkara ini terus berleluasa tanpa ada apa-apa tindakan pro aktif.
Bagaimana pulak caranya?
Panjangkan aduan kita melalui e-mel kepada pihak SKMM dengan cara menyenaraikan laman -laman blog atau laman sesawang lucah kepada alamat emel berikut :
- aduanskmm@cmc.gov.my
- newmedia.unit@cmc.gov.my
Respon daripada pihak SKMM amatlah positif sekali, keprihatinan semua pihak amatlah di tagih untuk terus menerus memberi aduan kepada pihak SKMM
Bertindak segera, jom gempur Laman Web Lucah Melayu Boleh
Respon daripada pihak SKMM
Respon daripada pihak SKMM