Malcolm X a.k.a Malik Shabazz(Pejuang Islam)


Malcolm X??Siapakah dia nie?!!Glamour ka??X pernah dengar pun sapa dia nie??
Kita jarang didedahkan pasal beliau kan di negara kita kan.Bagi yang biasa mencari-cari tentang aktivis-aktivis Islam di USA pastinya mengenali beliau.
Kali nie aku cuma nak kongsi sikit info pasal beliau kerana aku sendiri telah mengikuti sejarah pasal beliau serba sedikit.

Malcolm X, dilahirkan pada 19 Mei 1925,juga dikenali El-Hajj Malik El-Shabazz,adalah seorang Afrika-Amerika muslim dan juga aktivis yang dikagumi kerana keberaniannya memperjuangkan hak-hak Afrika-Amerika di bumi Uncle Sam.Dia juga pernah digambarkan sebagai orang paling berpengaruh dalam sejarah Afrika-Amerika.


Malcolm X lahir di Omaha, Nebraska. Semasa beliau berusia tiga belas tahun, ayahnya meninggal dunia dan ibunya telah dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Sewaktu kecilnya, pelbagai perkara yang ditempuhinya dan banyak mempengaruhi usia dewasanya. Pada suatu ketika,sewaktu tinggal di sebuah rumah asuhan, Malcolm X menjadi agresif dan terlibat dalam kegiatan jenayah di sekitar Boston dan New York. Pada 1946, Malcolm X dihukum lapan hingga sepuluh tahun penjara.

Sewaktu di penjara, Malcolm X menjadi ahli Nation of Islam. Setelah pembebasan bersyarat pada tahun 1952, ia menjadi salah seorang pemimpin kaumnya dan ketua juru bahasa. Selama hampir dua belas tahun, namanya amat dikenali umum dengan penglibatannya dengan Nation of Islam. Sedikit perselisihan pendapat berlaku antara Malcolm X dan Elijah Muhammad, Ketua Nation of Islam,akhirnya Malcolm X mengundurkan dari pertubuhan itu pada Mac 1964.(Kemungkinan ada berlaku konspirasi untuk melaga-lagakan mereka berdua nie)

Setelah meninggalkan Nation of Islam, Malcolm X menjadi seorang Muslim Sunni dan pergi menunaikan Haji di Mekkah, Beliau merantau di seluruh Afrika dan Timur Tengah. Beliau menubuhkan Muslim Masjid,sebuah pertubuhan keagamaan, dan sekular,persatuan nasionalis Afro-Amerika. Tidak sampai setahun selepas dia meninggalkan Nation of Islam, Malcolm X dibunuh saat berpidato di New York.

Pernah aku melihat Tv program kat Astro,,ketika wartawan menemuramah Afrika-Amerika kat sana,,dia mengatakan jika Malcolm X dipanjangkan usia sampai sekarang..rasanya seluruh warga Amerika dah jadi Muslim,,bertapa besar pengaruhnya dalam menyebarkan dakwah islamiyah (mungkin pasal nie beliau di bunuh oleh pembunuh upahan)

0 comment... add one now