Hukum Kerja kat 7 Eleven
NasirBoleh ka kerja kat 7 Eleven nie?Baguih ka untuk kita yang Islam nie, jom kita baca sat pasai isu nie.mana tau kot bgi manfaat kat kita semua.
SOALAN:
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?
JAWAPAN:
Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah HALAL. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.
Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-
عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"
Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier
وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith
عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.
Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal
Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.
P/S: Harap dapat sampaikan kepada teman2 yg bekerja di 7E... .walaupun hya btgas sbg cashier/pjaga store(apa ja yg melibatkan arak) habaq hang hukumnya tetap HARAM.
Jom baca plak pasai arak nie.......ARAK ITU HARAM
{ 8 comments.. read them below or add one }
myLady
30/10/10 8:09 AM
pegang xpe jangan minum sudahlah...
dose kering je....hhahahha
(no hard feelling)
btw nice entry
dose kering je....hhahahha
(no hard feelling)
btw nice entry
Tepoh Dock
30/10/10 10:13 AM
hurm...susah kalau kita xpaham konsep...penerangan di atas memang sebaik2 nyer..tak paham gak memang la...
Unknown
30/10/10 11:30 AM
janganlah nak salahkan 7e pulak.. ada jugak 7e yg tak jual arak. member sy kerja kt 7e tp kedai dia takde arak.. statement mcm ni mcm cuba nk menjatuhkan 7e keseluruhannya. maaf kalu menyampuk~ mmg x di nafikan kebanyakan 7e jual arak, tp bukan semua 7e..
Nasir
30/10/10 12:26 PM
nakal : baguih hang nie dok pi nasihat depa,,jgan jadi nakal noo..:),,tpi tue la.leh bgi nasihat la.depa sendiri pikiaq la.
miss jay : dosa kering...thnz komen
omu rice : fham konsep senang nk wat keputsan.
shatooman : x semua 7e ada arak cntohnya di kelate (yg masuk final malam nie ),,tapi apakan daya,,7e nie milik berjaya group tokei genting,,:(..semua product depa,,90 % yg ada dlam list produk support Israel..spnjang pengetahuan aku la..sedih la..:(
miss jay : dosa kering...thnz komen
omu rice : fham konsep senang nk wat keputsan.
shatooman : x semua 7e ada arak cntohnya di kelate (yg masuk final malam nie ),,tapi apakan daya,,7e nie milik berjaya group tokei genting,,:(..semua product depa,,90 % yg ada dlam list produk support Israel..spnjang pengetahuan aku la..sedih la..:(
aried
30/10/10 6:51 PM
hm... sal hukum hakam ni tak leh wat main.. so, sebab aried pun masih cetek ilmunya, aried suka artikel ni.. trimas atas perkongsian ye
{ finieViolet}
31/10/10 7:39 AM
Assalamualaikum.. Penulis Blog..
bila baca artikel ni sy tertarik dan teringat lak kat iklan lama thn 70an kat Youtube tu. Terperanjat sy tgk iklan arak boleh disiarkan kat tv masa zaman tu. Tak sure la iklan ni disiarkan kat negara mana..ada kata iklan Singapore..tp tajuknya kata Iklan Malaysia. Nauzubillah.. diorg siarkan iklan arak dan rokok dah macam siarkan iklan Ribena pulak.. siap cakap minum Guiness Stout tu good for health dan mcm2 lagi.. Nasib baik sekarang dah diharamkan iklan macam tu..
link iklan tu..
http://www.youtube.com/watch?v=tnaapDD_HlU&feature=related
bila baca artikel ni sy tertarik dan teringat lak kat iklan lama thn 70an kat Youtube tu. Terperanjat sy tgk iklan arak boleh disiarkan kat tv masa zaman tu. Tak sure la iklan ni disiarkan kat negara mana..ada kata iklan Singapore..tp tajuknya kata Iklan Malaysia. Nauzubillah.. diorg siarkan iklan arak dan rokok dah macam siarkan iklan Ribena pulak.. siap cakap minum Guiness Stout tu good for health dan mcm2 lagi.. Nasib baik sekarang dah diharamkan iklan macam tu..
link iklan tu..
http://www.youtube.com/watch?v=tnaapDD_HlU&feature=related
Nasir
31/10/10 12:47 PM
wassalam finie..tue la zaman dulu,,xdak org dok tapis kot...huhu..sedih arrrr...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
tapi aku ada nasihat kwn2 aku gak yg keja kat 7e
tp lepa x mo dgr..uhuhuh
dok pgg arak..adehhhh
buat cm x dosa lak tu