Jantung Sakit-Info

sakit jantung

Baru-baru nie aku dikejutkan dengan "pemergian" ayah kepada rakan baik ku disebabkan serangan jantung.Semoga arwah dicucuri rahmat di alam sana ."Alfatihah"
Sedikit info pasal serangan jantung nie..harap bermanfaat kepada kita.

Serangan jantung merupakan punca kematian secara mengejut yang tertinggi. Oleh yang demikian setiap orang mesti mempunyai pengetahuan tentang serangan jantung ini. Di bawah ini akan terangkan pengetahuan asas yang perlu anda tahu tentang serangan jantung...

Serangan Jantung Berlaku Apabila:-

1. Terdapat bahagian di dalam heart muscles yang telah mati.
2. Coronary arteries yang membekalkan darah ke heart muscles telah tersekat (proses ini dipanggil Atherosclerosis).



Faktor-Faktor / Risiko Untuk Mendapat Serangan Jantung


Faktor Yang Tidak Boleh Diubah:-

1. Lelaki.
2. Umur.
3. Keturunan.


Faktor-Faktor Yang Boleh Diubah:-

1. Merokok.
2. Tekanan Darah Tinggi.
3. Kencing Manis.
4. Kolesterol Tinggi.
5. Obesiti / Kegemukan.
6. Kurang Senaman.


Cara-cara Pencegahan:

1. Berhenti merokok.
2. Kepada mereka yang telah disahkan menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, pastikan anda membuat regular check up dengan doktor dan sekiranya ubat perlu dimakan, ikut aturan yang telah doktor berikan.
3. Kurangkan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi seperti daging lembu, kambing dan kuning telur.
4. Perbanyakkan senaman, bersenam sekurang-kurangkan 3 kali seminggu.


Tanda-tanda Serangan Jantung:

1. Sakit Dada (bahagian tengah dada dan biasanya dada akan rasa berat atau sempit).
2. Berpeluh.
3. Loya dan/atau muntah.
4. Sesak nafas.


Tindakan Yang Perlu Di ambil Apabila Terdapat Tanda-tanda Serangan Jantung:

1. Hentikan aktiviti dan minta pesakit duduk atau baring.
2. Kalau rasa sakit melebihi 2 minit, call ambulan atau bawa pesakit terus ke hospital (Jangan bawa ke klinik kerana ada klinik tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi).
3. Jangan benarkan pesakit pergi sendiri ke hospital kerana bila-bila masa jantung pesakit boleh berhenti.

3 comments.. read them below or add one

Lydia Miza Lydia Miza 20/9/11 9:00 PM
ramai org tak tau diasakit jantung.tup2 meninggal.
Unknown Unknown 20/9/11 9:19 PM
LM:tue la..bahaya nie,,ramai x tau,,yg tau pun..x sngka nk kena serang..x tentu tempat n ketika ..:(
..m@m@ T0meLL.. ..m@m@ T0meLL.. 21/9/11 2:54 PM
al-fatihah buat sahabat baik nasique..

tq share.ilmu yg berguna :)