Jika Guru Kencing Berdiri….....??
NasirJika guru kencing berdiri…. adalah salah satu bentuk peribahasa dan pastinya mempunyai maksud tersendiri. Tetapi, kenapa guru yang dijadikan subjek dan simbol dalam gambaran nasihat ini?
Guru adalah simbol dan gambaran kepada sesuatu yang menjadi ikutan. Apa sahaja yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh murid-muridnya dan akhirnya ditiru. Malah, peniruan ini akan diubahsuai menjadi sesuatu yang lebih besar lagi… Jika guru berpakaian kemas, maka murid-muridnya akan memerhati, memperkata, dan berangan-angan untuk kelihatan kemas seperti gurunya. Keadaan ini akhirnya akan menyebabkan berlakunya peniruan gaya guru tersebut dalam kehidupan anak-anak sekolah tersebut.
Namun, peniruan terhadap perlakuan guru bukan berlaku kepada perkara positif sahaja. Bagaimana agaknya jika guru berkelakuan tidak senonoh? Adakah berlaku peniruan tersebut? Ya, memang akan berlaku!
Jika guru merokok, pasti ia menjadi satu tanda tangan di kalangan anak-anak muridnya. Manakan tidak, di dalam kelas guru berkata, ‘jangan merokok, rokok itu bahaya…’ Namun di luar kelas anak-anak murid dapat melihat guru menyedut asap bahaya itu! Peniruan turut akan berlaku pada situasi ini. Malah ia menjadi sesuatu yang lebih besar lagi. Hal ini terjadi kerana murid bukan sahaja akan meniru dan cuba meniru perlakuan yang tidak baik, malah ia membentuk satu sifat dan anggapan bahawa apa yang diperkatakan oleh guru tadi tidak boleh dipercayai. Ini kerana dalam satu keadaan guru berkata jangan, namun dalam keadaan yang lain guru itu pula melakukannya.
Mungkin peniruan berbentuk negatif inilah yang menyebabkan timbulnya ‘…murid kencing berlari’.
Terima kasih cikgu, kerana mendidik aku menjadi dewasa dan berguna…
Terima kasih cikgu, kerana tidak pernah ‘kencing berdiri’ di hadapanku…membuatkan aku tidak tahu untuk kencing berlari…
2 comments.. read them below or add one
Anonymous
16/9/11 12:50 PM
arghhh... ak xpaham la... apa pn xboleh...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →