Duit syiling tahun 1793 dilelong RM4.34 juta

syiling 1793

GAMBAR menunjukkan bentuk depan dan belakang duit syiling satu sen Amerika Syarikat (RM0.03) yang dilelong pada harga RM4.34 juta di Florida kelmarin.

ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) - Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.http://www.blogger.com/img/blank.gif
Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu kelmarin bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.
Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.
Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.
Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.
Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. - AP

Selamat Tinggal Dunia ©: Ada Apa Dengan 50 Sen (Security Edge)

Nota;-Aku pun suka duit syiling lama nie...sapa mau??

1 comment... add one now

RAWSHADE RAWSHADE 9/1/12 10:20 AM
Waah.. 1sen pun dah jadi berjuta kerana antik.. Memang peminat setia la saper yang beli tu..