Sayap ketenteraan pejuang Hamas, Brigade Izzuddin al-Qassam, meningkatkan keupayaan jangkauan roket-roketnya yang dihalakan ke Israel di dalam wilayah Palestin dijajah sejak1948 hingga menjangkau kota pantai Hertselia di utara kota Tel Aviv.
Dipetik dari Palestine Information Centre (PIC), Al-Qassam berkata, roket terakhir yang diluncurkan oleh pejuangnya adalah roket tercanggih yang diluncurkan untuk pertama kalinya ke wilayah utara Hersilia yang berjarak 80 kilometer dari Semenanjung Gaza. Ini adalah jarak paling jauh yang pernah dijangkau oleh roket perjuang Palestin hingga waktu ini.
Seperti diketahui, sebagai kejutan kedua yang dilakukan al-Qassam pada Ahad (18/11/2012) yang berjaya menumbangkan kapal perang Israel i pantai Gaza. Terkini, sebuah roket jarak jauh berjaya mencapai sasaran lebih jauh dari Tel Aviv. Hal ini merupakan perkembangan "berbahaya" bagi Zionis Israel.
Hari ini al-Qassam menyatakan bertanggung jawab atas serangan ke kota Tel Aviv, Majdal, Nirim, dan Nahal Oz dengan sejumlah roket dan juga terhadap kapal perang Israel di pantai Gaza.
Brigade al Qassam, dalam sejumlah pernyataan ketenteraannya, menegaskan bahawa pihaknya telah menggempur Tel Aviv dengan roket canggih jenis M75 dan Nerim dengan 6 roket tipe 107 serta ke Nahal Oz dengan roket tipe 107 dan tiga buah mortar.
Pihaknya juga berhasil menggempur kapal perang Israel di pantai Gaza dengan lima buah roket tipe 107 dan kota Majdal dengan 9 buah roket Grad.
Brigade al Qassam menegaskan bahawa serangan ini dilakukan sebagai tindakbalas atas serangan rejim Zionis Israel ke rumah-rumah warga tempatan dan pejabat- pejabat media di Semenanjung Gaza.
Sebelum itu, Al-Qassam juga telah berjaya menembak jatuh pesawat F16 milik Israel bantuan dari Amerika Syarikat.
[Hidayatullah]