Pejuang Palestin Jatuhkan Jet Pejuang Zionis Israel

jet pejuang israel jatuh

Kelengkapan tempur tentera Zionis Israel tidak mampu menghancurkan pejuang Palestin. Bahkan, mereka dengan gagah berani melawan setiap serangan yang dilancarkan rejim Zionis Israel. 

Salah satu sumber dari Palestin menyatakan, sebuah jet pejuang F-16 Israel jatuh pada hari minggu (18/11/2012)  di Semenanjung Gaza. 

Menurut keterangan berbagai sumber Palestin, jet pejuang rejim Zionis Israel itu jatuh di Khan Younis beberapa ketika selepas mengebom sebuah rumah milik warga Palestin dan mengorbankan seluruh anggota keluarga di dalam rumah tersebut. Namun belum ada berita terkini hal ini. 

Sebelum itu, sebuah helikopter Apache Zionis Israel ditembak jatuh oleh roket muqawama. 

Brigade Izzuddin Qassam, sayap ketenteraan Hamas juga menembak tiga roket 107 ke arah kapal perang Zionis Israel. Hingga kini rejim Zionis Israel belum memberikan keterangan tentang ini. 

Selain kehilangan dua jet pejuang F-16 dan helikopter Apache, Rejim Zionis Israel juga dikhabarkan kehilangan pesawat tanpa pemandu (drone) di Semenanjung Gaza. 

Sementara itu, sokongan terhadap warga Palestin ditunjukkan oleh warga Mesir. Sekurang-kurangyna 500 aktivis Mesir masuk ke Gaza dalam rangka solidariti mereka terhadap warga tertindas Semenanjung Gaza disamping untuk menyalurkan bantuan ubat-ubatan. 

Salah seorang aktivis dalam rombongan itu mengatakan, "Kami tidak akan membiarkan Palestin sendirian dan ini menjadi pegangan kami," kata aktivis tersebut.

Hospital di Gaza ketika ini mengalami kekurangan kelengkapan medikal dan ubat-ubatan untuk memberi rawatan mangsa  tercedera. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah menyeru mengumpul dana bantuan hingga 10 juta USD untuk membantu hospital di Semeanjung Gaza

Salam Ukhwah..Blog ini sedang mengikuti Contest iPhone 5 Gadget Impian. Vote anda sangat-sangat diperlukan..tunjukkan sokongan anda hanya dengan tekan button G+1.. 





Terima Kasih.


5 comments.. read them below or add one

ohcikgu ohcikgu 21/11/12 1:05 PM
tak guna betul la israel ni..
Salmi Salmi 21/11/12 3:56 PM
Moga saudara2 kita di Gaza terus kuat berhadapan dgn Rejim Zionis Israel.. Kita di sini hanya mampu berdoa

*sedih melihat ramai yg berbaris panjang di MD
Nasir Nasir 21/11/12 5:17 PM
moga pejuang Islam di Palestin beroleh kemenangan ..Amin..
Jna marcello Jna marcello 21/11/12 5:22 PM
Semoga Allah lindungi mereka Amin..
Puan Siti Puan Siti 21/11/12 10:07 PM
sedih la baca bila Saudara Seagama Di kejam begini...Ya Allah..selamatkan lah mereka...