Wan Zack Haikal Cedera Pangkal Paha

wan zack haikal cedera pangkal paha

Wan Zack Haikal dikhabarkan mengalami kecederaan di pangkal paha ketika melakukan sessi latihan.Ini pasti memberi impak besar kepada persediaan Skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Thailand 9 Disember ini pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012

Kecederaan pangkal paha Wan Zack Haikal agak serius seakan-akan kecederaan yang di alami S.Kunalan baru-baru ini.

Penyerang muda Wan Zack Haikal Wan Noor dikatakan bakal menggantikan Safee Sali suatu masa nanti. Pemain kebangsaan yang turut bermain untuk Harimau Muda A ini, jelas menunjukkan bisanya ketika saingan Piala AFF Suzuki 2012  yang sedang berlangsung ini. 

Ketika menewaskan Laos dan Indonesia, beliau menjadi watak penting bagi membantu bahagian serangan dan sudah pasti beliau telah berjaya meyakinkan pengurus Datuk K. Rajagobal untuk perlawanan seterusnya.

4 comments.. read them below or add one

atien atien 4/12/12 9:29 PM
OMG pity to him :( Harap harap dia dapat kembali sihat and dapat main. Sebab dia ada potensi.
titan titan 4/12/12 9:58 PM
takpe. takpe. aku harap dia tetap boleh terus main.
Nasir Nasir 4/12/12 10:25 PM
tunggak utama tue..rugi kalau dia xleh beraksi,,thailand bukan calang-calang pasukan
nadia farahida nadia farahida 6/12/12 1:06 AM
mintak2 dia cepat cover kecederaan dia, rasa macam tak lengkap kalau dia xde main sekali. hebatttt dia nii.