Asiahost Menyediakan 2000 Kuota Domain.my Percuma


Lama betul x update blog nie..hari nie nak update berita baik untuk semua blogger.
Baru dapat email dari asiahost .Antara kandungan email dari asiahost

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

Anda boleh menggunakan fasiliti kod untuk carian domain ini pada blog atau halaman web anda 


Aku dah berjaya tukar domain blogspot.com ke domain.my semasa kuota 1500 dahulu


Notakaki : Siapa nk tutorial macam mana nk tukar ke domain.my nie secara percuma sila la "like" page blog nie..akan buat tutorial ringkas...tue pun kalau ramai like (tanda ramai permintaan) la..hehehe..:)



{ 7 comments.. read them below or add one }

Ummi Hanie Ummi Hanie 15/1/13 4:51 PM
wahh... bagus ni...

tapi baru je beli domain .com.my dgn harga rm80.
Amirez Amirez 15/1/13 10:05 PM
peluang baik ni. mesti rembat sebelum habis kuota.
Unknown Unknown 15/1/13 11:27 PM
silalah rembat dengan segera sebelum kuota hbis :)..percuma tue...domain 1 Malaysia kot
Potia Casadelarossa Potia Casadelarossa 18/1/13 1:43 AM
ni kena rembat ni.. blh wat site ping aggregator nnt thanks
Firdaus Latib Firdaus Latib 18/1/13 9:36 AM
Boleh daftar banyak domain tak? Hehe
Unknown Unknown 18/1/13 10:12 AM
rasanya boleh, boleh cuba, x try lg dftar domain byk².hehe
onlajer onlajer 23/1/13 1:13 PM
nak tapi kalau dah dapat aku nak buat apa ye