Inilah Kenyataan Wakil UUM Tentang Isu Sharifah Zohra vs Bawani KS

Kenyataan Wakil UUM Tentang Isu Sharifah Zohra

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani



{ 8 comments.. read them below or add one }

Amirez Amirez 17/1/13 9:54 AM
kerana tindakannya yang agak melampau dan tidak menjawab soalan, dia dikutuk kaw-kaw sekalian masyarakat
Maisarah Azmi Maisarah Azmi 17/1/13 7:26 PM
sangat setuju dengan pendapat di atas..sepatutnya berilah peluang kepada bawani untuk meneruskan soalan yg hnedak diajukan..
AnonymousAnonymous 19/1/13 6:59 AM
Betul..jangan sama kan manusia dengan binatang... jangan terlalu ego dengan pangkat yang ada..
AnonymousAnonymous 19/1/13 2:14 PM
Sharifah layak 100% menjadi Pemimpin NGO Haiwan layak bertanding di zoo negara.
tempoyaking tempoyaking 20/1/13 9:13 PM
yg bg2 coment2 ni dan wakil uum berkenaan diatas bercakap macam takde ilmu..
tempoyaking tempoyaking 20/1/13 9:18 PM
Die(Sharifah) sbnany buknny menyamakakn dngan binatang..salahkah die untuk membuat satu contoh yg mane bukn pn perbandingan antare manusia dan binatang..die hany memberi contoh binatang..

Korg2 ni brckap kasi ad ilmu dulu..ini nk blaja free..stakat pointer pn x strong nk wt pe..ni yg brbyar ni pn pointer trok..lg kn bende free..

Think before speak..
AnonymousAnonymous 23/1/13 4:19 PM
Tempoyaking,

Kalau menaip pun guna ayat sms, boleh blah la.
manterer manterer 29/1/13 2:39 PM
tempoyak king..engko nak tau nape saripah tu melalut cakap pasal binatang?? sebab dia tak nak jawab soalan..